Seorang doktor hospital kerajaan merayu syarikat-syarikat dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) supaya berhenti hantar makanan ke hospital kerana mereka mempunyai makanan yang cukup.
Doktor yang hanya dikenali dengan nama Azman di Twitter itu turut menyarankan supaya golongan susah yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang yang perlu diutamakan.
Okay this is serious.
Companies yang BANYAK donate makanan ke hospital, sila donate makanan kepada orang susah yang kais pagi makan pagi ni.
Hospitals have enough food. Trust me. Sampai ada staff yang makin gemuk minggu ni.
Stop sending food to hospitals. We can manage for now https://t.co/5YEiUNm9Dp
— Plague Doctor (@azmanrocks) March 25, 2020
Menurut beliau lagi:
“Sumbangan makanan yang kami terima sangatlah membantu. Ia membantu barisan depan yang bekerja berterusan ketika satu syif (kadang-kadang sampai dua syif). Bekerja di bahagian kecemasan, memang tak ada waktu tak ada
“Sila fokus kepada golongan yang lebih memerlukan. Kami boleh urus [makanan] kami sendiri.”
Beliau turut memberitahu makanan yang disumbang ke hospital tidak sahaja diberikan kepada para doktor dan jururawat sahaja, ia turut diberikan kepada pekerja kebersihan.
Seorang netizen yang suaminya bekerja di balai polis juga bersetuju dengan saranan doktor tersebut.
ShashaFifiZaza berkata sumbangan makanan yang dihantar ke IPD terlalu banyak sehinggakan makanan terbiar dan membazir.
Ni betul. Hantar makanan ke balai pun dah boleh stop. My husband said banyak gila makanan dekat IPD sampai terbiar je tak makan. Bazir. https://t.co/z0ExMHk7NK
— Missing Ayah (@shashafifizaza) March 26, 2020
Beliau menjelaskan barisan depan wabak COVID-19 seperti polis bukanlah tidak menghargai sumbangan makanan. “Cuma hantar makanan terlampau banyak dan mereka tak ada masa nak makan sangat.”
Adelia Iman yang mempunyai adik yang bekerja sebagai polis juga bersetuju.
“Adik saya di balai pun cakap benda sama. Pasukan dia jaga sekatan jalan tujuh orang. Hari-hari orang hantar makanan macam kenduri. Lebih baik beri pada mereka yang lebih memerlukan.
“Kalau nak hantar makanan juga, [hantar] dalam kuantiti yang memadai atau mencukupi sahaja. Jangan berlebih.”
Utamakan hantar makanan pada golongan yang bergantung kepada pendapatan harian
Susulan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia, banyak pekerja-pekerja yang bergantung kepada pendapatan harian terjejas punca pendapatan mereka.
Mereka ini adalah golongan yang perlu keluar bekerja setiap hari untuk mendapat duit. Contohnya seperti penjual makanan di gerai, pekerja kontrak, ibu tunggal yang berniaga, nelayan, petani dan banyak lagi.
Salah satu contohnya adalah wanita yang ditemuramah oleh Astro Awani ini. Ketika ditemuramah, beliau memberitahu PKP membuatkan pendapatannya susut sehingga duitnya tinggal RM50. Sedangkan tempoh PKP berakhir lama lagi iaitu pada 14 April.
A friend who lives in Kuantan just told me his neighbour came over this evening to borrow some rice. Most people in his kampung have lost their jobs and don’t have any money.
Let that sink in.
— Fadiah Nadwa Fikri (@FadiahNadwa) March 23, 2020
Ketika ini banyak kerajaan negeri sedang giat membantu mereka menerusi pelbagai pakej rangsangan dan program agihan zakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga tidak ketinggalan membantu golongan sasaran ini.
Semalam beliau mengumumkan sebanyak RM29.01 juta telah dibelanjakan sepanjang misi #
Malah semalam Dr Zulkifli juga pantas membantu seorag netizen yang kini menjadi gelandangan di kawasan berhampiran LRT Hang Tuah.
Baik. JAWI boleh bantu. Saya PM https://t.co/0ub4RZU5o5
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 26, 2020
Di harap dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif untuk golongan yang kewangannya terjejas akibat wabak COVID-19 dapat membantu mereka yang lebih memerlukan.

Baru tdi sya kol kepada mak dn ank dkpg..menitis air mata..sbb dh xda bekalan makanan..sya trharu,bingung..mcm mna nk bgi belanja..pdhl sya dsini pn xdpt krja…dtambah lgi xdbenarkn balik….
Buat area sya dsini..smpai hari ni pun xda bantuan yg dsalurkn……
Sya rasa..ramai lgi yg dluar sana mngalami mslh sprti sya..
Akhir kata..kalau tak bantu..xpa…biarlh golongan org kmpung sprti ini…tiada prtnggungjwaban dri pihak kerajaan sblum ada nya slauran bantuan yg tak pasti bila kunjung tiba….
[…] sebab kita masih lagi simpan stok makanan yang tak berkhasiat dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap […]
[…] dalam kalangan masyarakat. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai gesaan netizen yang meminta makanan tidak lagi dihantar ke hospital dalam berdepan situasi COVID-19 […]