Home All Isu Semasa Tak Mahu Meminta-Minta, Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Tak Mahu Meminta-Minta, Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

7012
0
Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Tak Mahu Meminta-Minta, Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala | Musibah yang melanda negara ini sekaligus dapat memperlihatkan pelbagai kerenah dari segenap lapisan masyarakat.

Sewajarnya saat genting yang melanda negara kini, masyarakat seharusnya saling bantu terutamanya golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan.

Dalam tidak sedar, musibah ini juga telah memprlihatkan belang yang sebenar sifat seseorang itu. Kesabaran dan keikhlasan seseorang itu juga turut teruji dalam musibah ini terutamanya perkara melibatkan wang tunai dan kebendaan yang diluhurkan buat mereka.

Terima pukulan KO dari Tok Melah

Seorang pengguna laman Facebook telah berkongsikan satu kisah yang mungkin boleh membuka minda dan jiwa masyarakat. Tiada siapa yang dapat jangka bahawa kebaikan dan kegigihan wanita berusia 80 tahun ini bakal menyentap jiwa ramai dengan sifat kerajinan yang ditonjolkan olehnya.

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

“Selagi ada kudrat, tok jala ikan…”

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Bagusnya! Langsung tak berkira…

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Jangan asyik mengeluh pada takdir! Lebih baik berusaha!

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Sentiasa positif dengan musibah yang melanda!

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

“ Tok Melah pesan jangan ambil duit…”

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Masih nak meminta-minta lagi ke?

Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala

Lelaki berkenaan juga memuat naik sebuah video yang memaparkan Tok Melah, begitu handal menjala di sungai tanpa perlukan pertolongan.

Pukulan KO Tok Melah…Pagi…di Sungai Mawaddah… Baru saya mula bersiap-siap nak menjala ikan, kelihatan kelibat Tok Melah dan cucunya sedang mudik di Sungai Mawaddah sambil menebar jala. Usia Tok Melah dah hampir 80 tahun…saya ulang…hampir 80 tahun tuan-tuan. Saya pun terus menyorokkan jala. Memberi peluang kepada seorang tua bersama cucu-cucunya mencari rezeki. Ah Yan : Assalamualaikum tok. Rajin tok menjala? Tok Melah : Waalaikumussalam. Macam ni lah cikgu. Cari rezeki. Selagi ada kudrat, tok jala ikan. Boleh makan dengan anak cucu. Ah Yan : Tok tak dapat apa-apa bantuan masa covid ni tok? Tok Melah : Hishh…buat apa kita nak harap bantuan. Kita ada kaki. Ada tangan. Usaha sendiri. Ni…jala ikan ni pun tak habih makan. Buat perkasam lagi. Jual. Dapat juga tujuh lapan puluh ringgit seminggu. Habuan beli beras dan barang dapur. Ah Yan : Ooo…tok buat perkasam. Saya nak beli lima puluh ringgit. Sat lagi tok suruh cucu tok hantar na…Tok Melah : Nanti tok tengok kat rumah. Semalam ada dua balang lagi. Toksah dok beli-beli…arwah emak ayah cikgu kawan baik tok. Banyak tulong tok. Sat lagi cucu tok hantar. Saya follow sekejap tengok tok menjala sambil merakamkan video ini. Kagum dan bahagia sungguh melihat telatah Tok Melah.Tok Melah mengajar kita tentang :1. Usah meratap nasib. Usah mengeluh kepada takdir. Ada 1001 cara untuk kita mencari rezeki tanpa "merangkak-rangkak" di hadapan orang lain.2. Jika orang kata kita bodoh kerana tidak meminta-minta…itu tidak menjadikan kita hina dan miskin. Tak mati pun. Tak jadi apa-apa pun.3. Sifir hidup ini mudah. Kita jadi "kecil" kerana jiwa kita kecil. Kita jadi "besar" kerana jiwa kita besar. 4. Hidup kena banyak bersyukur. Lagi banyak bersyukur…lagi banyak Allah tambah nikmat. Lagi banyak Allah tambah perkara untuk kita bersyukur. Lagi banyak komplen…Allah tambah lagi hal untuk kita komplen. 5. Energy positif akan tiba ketika kita memilih mengabaikan responds negatif dan kita mula melangkah maju ke hadapan."Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan dengan (merasai perasaan) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."…Al-Baqarah:155.Sekejap tadi, tengahari ini kedengaran bunyi motosikal. Cucu Tok Melah datang. "Cikgu…tok suruh hantar ikan perkasam ni"…kata cucu Tok Melah sambil mengunjukkan dua bungkusan besar ikan perkasam. "Nah…ambik duit ni. Bagi kat Tok. Kirim salam kat Tok na"…kata saya pula sambil mengunjukkan duit lima puluh ringgit. "Tak payah la cikgu. Tok pesan jangan ambik duit. Tok hadiah ja. Saya balik dulu na"…kata cucu Tok Melah sambil menolak pemberian duit saya dengan baik dan terus berlalu pergi. Saya termenung…Hidup ini…ada kala singkat. Ada kala panjang. Kalau kita mati kerana Covid-19…innalillah…kalau kita hidup lagi selepas Covid-19…Nak mengeluh? Nak meminta-minta?… Hari ini…saya terima "pukulan KO" dari seorang tua bernama Tok Melah… Ah Yan…terus melangkah ke hadapan…

Posted by C.M. Sufian on Friday, April 10, 2020

Sumber: Facebook.

Baca Selanjutnya

Tak Mahu Meminta-Minta, Tok Melah Kerah Kudrat 80 Tahun Dengan Menjala 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here