Home All Isu Semasa TMJ Kongsi Pesanan Berguna Dalam Mendidik Anak, ‘Buah Jatuh Tidak Jauh Dari...

TMJ Kongsi Pesanan Berguna Dalam Mendidik Anak, ‘Buah Jatuh Tidak Jauh Dari Pohonnya’

1391
0
TMJ Kongsi Pesanan Berguna Dalam Mendidik Anak, ‘Buah Jatuh Tidak Jauh Dari Pohonnya’

TMJ Kongsi Pesanan Berguna Dalam Mendidik Anak, ‘Buah Jatuh Tidak Jauh Dari Pohonnya’ | Jika sebelum ini beliau terkenal dalam memberikan nasihat berkaitan sukan dan pengurusan, Tengku Mahkota Johor DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan TMJ hari ini berkongsi sesuatu yang berbeza dengan pengikutnya di media sosial.

Dalam satu hantaran yang dibuat di Twitter dan Facebook itu, TMJ berkongsikan satu kisah teladan yang dilalui dirinya ketika perlawanan bola sepak baru-baru ini di Stadium Sultan Ibrahim untuk renungan para ibu bapa di luar sana dalam menjadi contoh kepada anak-anak.

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Thursday, September 24, 2020

“Ketika perlawanan JDT baru-baru ini, seorang individu telah merakam sekeping gambar pada minit ke-42, di mana pada ketika itu kanak-kanak lain termasuk anak perempuan saya sedang bermain.

“Tetapi anak lelaki saya iaitu Tunku Iskandar, 3 tahun dilihat sedang berdoa. Beliau menonton bola sepak dan berdoa sendiri.

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Thursday, September 24, 2020

Jelas TMJ, setiap tindakan dan gerakan yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan anak-anak adalah sangat mustahak kerana mereka akan sentiasa mencontohi apa yang dilakukan ibu-bapa.

Walaupun amalan berdoa ketika menonton bola sepak atau sebelum melakukan sesuatu sememangnya sudah menjadi kebiasaaan buat dirinya namun kejadian anak lelakinya mencontohi apa yang dilakukannya jelasnya amat menyentuh hati dan membuatkan beliau terharu.

TMJ

“Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan kepada para ibu-bapa.

“Mustahak kita mendidik anak-anak kita mengikut apa yang kita lakukan untuk dijadikan contoh agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita,” kongsi beliau di media sosial pada hari ini.

BACA JUGA :: 7 Cara Didikan Anak-Anak Menurut Imam Hassan Al Banna

TMJ Kongsi Pesanan Berguna Dalam Mendidik Anak, ‘Buah Jatuh Tidak Jauh Dari Pohonnya’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here