Tiket Penerbangan ‘One Way’ Ke Sabah Sarawak Cecah Ribuan Ringgit, Netizen Luah Rasa Kecewa | Umum mengetahui bahawa kini anda bebas untuk bergerak ke sana dan ke mari.
Oleh itu, ramai yang ingin mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk melepaskan rindu dan juga bercuti untuk bersantai selepas Perintah Kawalan Pergerakan.
Kecoh di media sosial apabila ramai mula luahkan rasa kecewa mereka apabila harga tiket penerbangan meningkat secara mendadak dan mahal. Lebih mengejutkan, apabila harga one way ke Sabah dan Sarawak mencecah ribuan ringgit.
BACA: Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak “Smelly Anchovies!” Dalam Penerbangan.
3k return.
Pergi Miri pulak tu.
Ini masuk technical punya kira.
MYY load factor kecik. Tak macam BKI, KCH, PEN, LGK. Flight pun tak banyak.
Orang nak keluar masuk pun tak seramai tmpt lain. Aku cuma boleh cakap, MYY tiket mmg mahal dari dulu. Now? Mmg lg mahal la. pic.twitter.com/2PsnoATSrS— terpaling rendang by #dapuRizarul (@rizarul) June 9, 2020
Sebelum ni at least sebulan skali ak fly balik smenanjung..kdg2 2 minggu skali fly..lumrah pjj..lepas ni kalau nak balik ak kena fikir utk RM1k hanya utk tiket flight..belum kira kos dr airport nak ke perak dan lain2 kos..gila babi mahal.. pic.twitter.com/7J2ixISTRP
— hafidz dz (@hafifyhafidz) June 4, 2020
Kalau boleh pergi Sabah naik kereta mesti ramai nak pergi tapi apakan daya tiket flight mahal sangat https://t.co/YqM8D9V3yI
— izzi (@IzzRaifHarz) June 8, 2020
Harap flight tiket murah la kalau nak rakyat malaysia melancong dalam negara. And kesian juga yang kena kerja semula dari semenanjung ke sabah sarawak atau sebaliknya, kena beli flight tiket untuk sambung bekerja tapi harganya mahal nak mampussss.
— ✨ (@syxzleen) June 8, 2020
Rata-rata netizen berharap harga tiket penerbangan domestik dapat dikurangkan kerana harga yang terlalu mahal membuatkan ramai tidak mampu untuk membelinya. Mungkin para pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak yang perlu pulang ke Universiti mereka kelak juga akan menghadapi masalah kerana harga tiket yang mahal.
Apakah pendapat ada berkaitan isu ini? Pastinya hal ini sedikit sebanyak membuatkan anda batalkan niat untuk melancong menaiki kapal terbang. Walau bagaimanapun, tiada pengumuman dan penerangan dibuat syarikat-syarikat penerbangan Malaysia berkaitan isu tersebut.
BACA: Kenapa Harga Tiket Ke Sabah Dan Sarawak Mahal? Selain Dari Jarak Penerbangan Ini Sebabnya

[…] BACA: Tiket Penerbangan ‘One Way’ Ke Sabah Sarawak Cecah Ribuan Ringgit, Netizen Luah Rasa Kecewa […]