Home Pengetahuan Tiket Dewasa Zoo Melaka Turun Dari RM25 Ke RM10 Semasa PKPP

Tiket Dewasa Zoo Melaka Turun Dari RM25 Ke RM10 Semasa PKPP

696
1
Tiket Dewasa Zoo Melaka Turun Dari RM25 Ke RM10 Semasa PKPP

Tiket Dewasa Zoo Melaka Turun Dari RM25 Ke RM10 Semasa PKPP | PKPP yang membenarkan rakyat Malaysia untuk membuat lawatan atau percutian tempatan bakal menghidupkan kembali kawasan percutian di Malaysia yang banyak terjejas sepanjang PKP.

Zoo merupakan antara pusat percutian paling terkesan kerana ianya melibatkan perbelajaan haiwan di dalam jagaan yang pastinya memerlukan kos yang sangat tinggi. Tanpa kehadiran pelancong banyak Zoo kehilangan punca pendapatan utama termasuk Zoo Melaka.

Oleh yang demikian, Zoo Melaka menawarkan harga ‘durian runtuh’ kepada orang ramai iaitu RM10 untuk dewasa, manakala RM5 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, Zoo Melaka juga menetapkan hanya seramai 500 orang akan dibenarkan mengunjungi pada setiap sesi sepanjang tempoh PKPP yang bermula hari ini.

Pengarah Zoo Melaka dan Taman Burung Zanariah Khamis berkata pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk memasuki sesi pertama dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari atau sesi kedua dari 2 petang hingga 5 petang.

zoo melaka

“Zoo Melaka mempunyai keluasan kira-kira 50 ekar (20 hektar) jadi setiap sesi terhad kepada hanya 500 orang sahaja dan akan berehat selama dua jam setiap hari bagi melakukan proses nyahkuman, pembersihan atau sanitasi bermula 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Bagi pembelian tiket, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan beratur namun kesemua maklumat nama dan nombor telefon ahli keluarga perlu dimasukkan ke dalam rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di kaunter Zoo Melaka ini selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama.

Zanariah berkata pelbagai usaha dilakukan pihak pentadbiran bagi mengembalikan zaman kegemilangan Zoo Melaka termasuk menaik taraf, dan menambah baik infrastruktur bagi menarik lebih ramai pengunjung ke zoo kedua terbesar di Malaysia itu.

“Macam-macam yang kita rancangkan termasuk mewujudkan ‘petting zone’, sesi bergambar dengan haiwan, pemberian makanan secara percuma kepada haiwan, bertemu maskot pada hujung minggu dan banyak lagi,” katanya.

BACA: Penangan PKP & COVID 19, Haiwan2 Di Zoo Negara Turut Terima Tempias

Menurut beliau, setakat ini melalui ‘Tabung Sumbangan Zoo Melaka’ yang dilancarkan April lepas, Zoo Melaka berjaya mengumpul dana berjumlah RM94,000, manakala sumbangan makanan yang diterima di taman itu bernilai RM250,000.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan bagi Tabung Sumbangan Zoo Melaka, boleh menyalurkannya ke dalam akaun CIMB Bank Zoo Melaka atas nama Zoo MPHTJ bernombor akaun 8009600869.

“Syarikat swasta, badan kerajaan dan individu seluruh negara juga dipelawa untuk menjadikan haiwan di taman ini sebagai haiwan angkat dalam usaha memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan ini dilakukan secara berterusan,” katanya.

Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 menempatkan kira-kira 650 haiwan daripada 150 spesies yang berlainan dari seluruh dunia selain berperanan sebagai pusat pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju membenarkan semua zoo beroperasi mulai hari ini.

Sumber: BERNAMA

Tiket Dewasa Zoo Melaka Turun Dari RM25 Ke RM10 Semasa PKPP 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here