Home All Isu Semasa Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah

Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah

2510
0
Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah

Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah | Umum mengetahui bahawa kerajaan kita telah menyediakan pelbagai pusat kuarantin demi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga turut diberikan tempat kuarantin yang cukup selesa yang turut menyediakan segala kemudahan seperti makan dan minuman yang cukup.

Disebabkan segelintir orang kita yang mempunyai sifat tidak bertanggungjawab, tentu ada saja cerita yang tidak menyenangkan muncul. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna Facebook telah berkongsikan situasi bilik-bilik di sebuah pusat kuarantin yang tidak dinyatakan.

BACA: Netizen Sekolahkan Individu “Diva” Hina Pusat Kuarantin, Makhluk Tak Sedar Diri!

Mengejutkan apabila yang dihuni oleh ‘mereka’ telah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat bersepah. Kejadian memalukan ini dikatakan telah berlaku di Sarawak. Turut dijelaskan bahawa, kebanyakan individu yang tinggal di pusat kuarantin tersebut adalah dari golongan pelajar-pelajar IPT.

“Lepas 2 minggu bilik kuarantin dah tak jadi bilik”

bilik kuarantin

Bertambah kecewa, mereka bukan sahaja telah menyepahkan bilik itu malah turut merosakkan barang-barang yang terdapat di sana seperti sengaja.

bilik kuarantin bilik kuarantin bilik kuarantin bilik kuarantin bilik kuarantin bilik kuarantin

Ramai netizen telah yang menzahirkan rasa kesal terhadap individu ini, yang dilihat jelas tidak menghargai usaha, pengorbanan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan terhadap diri mereka.

“Tak ada rasa malukah?”

bilik kuarantin bilik kuarantin

“Tak tahu bersyukur langsung”

bilik kuarantin

Kejadian seperti ini pastinya memberikan kekecewaan yang besar kepada pihak yang bertugas menjaga kebajikan mereka di dalam tempoh kuarantin. Diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Sumber

Baca Selanjutnya

Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here