Home All Isu Semasa ‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan...

‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni

3143
0
‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni

Pelakon, Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya didakwa menggesa penggiat seni khususnya mereka yang bekerja di belakang tabir untuk ‘angkat kaki’ dan tinggalkan pekerjaan tersebut.

Ini kerana, dia mendakwa sesetengah pihak produksi hanya memetingkan keuntungan berbanding menghargai jasa mereka yang bertungkus-lumus bekerja.

Pandangan tersebut dikongsikan melalui satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Rezeki tak pernah cukup

InshaAllah usaha kepada keberkatan. Korapsi , rasuah ,salah guna kuasa dan pentingkan keuntungan peribadi tak henti-henti berlaku dalam industri filem dan drama tanah air.

Menurut Zul, sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai anak seni dia telah menyaksikan sendiri industri filem dan drama tanah air dipenuhi dengan tangan-tangan kotor.

BACA: Tindakan Terpuji Zul Yahya Undang Sebak, Tidak Kira Apa Pegangan Agama, Bantuan Diberi Sama Rata.

Oleh sebab itu, dia menasihati penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir agar mencari pekerjaan yang lebih berkat dan diredhai Allah. Tambahnya, perubahan tersebut akan jadi lebih baik.

Pada masa yang sama, Zul turut mendakwa sesetengah pihak produksi hanya memikirkan keuntungan peribadi semata-mata dan tidak menghargai penat lelah pekerja belakang tabir. Melihat nasib sesetengah anak seni yang terpinggir ketika mereka sedang dilanda kesusahan, Zul turut bersedih dan bersimpati tatkala mengenangkan pengorbanan yang tidak dihargai suatu masa dahulu.

Zul Yahya Harap Dapat membuka mata ramai

zul yahya

Ramai sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka tak ada apa-apa. Dahlah EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak. Jom kita undur diri cari rezeki yang lebih berkat. Biar sikit tapi cukup, jangan taruhkan diri kepada industri.

Di akhir perkongsiannya, dia berharap semua rakan artis dapat membuka mata dan memikirkan soal keberkatan.

Sumber: Zul Yahya

‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here