Home All Isu Semasa Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka...

Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook

2093
0
Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook

Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook Umum mengetahui bahawa kita makin hampir dengan bulan ramadan yang mulia. Tetapi sedihnya pada tahun ini, banyak perkara kebiasaan yang dilakukan oleh kita di bulan Ramadan terpaksa dibatalkan ekoran masalah wabak COVID-19 yang dihadapi ketika ini.

Kini kami bawakan satu berita gembira kepada anda semua bahawa, bazar Ramadan yang sering dinantikan oleh kita setiap tahun, sudah mula beroperasi!

Tetapi berbeza pada tahun ini, bazar – bazar Ramadan ini hanya akan beroperasi secara atas talian atau online di Facebook sahaja.

Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook

Untuk pengetahuan anda inisiatif ini telah dibangunkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) yang bertujuan untuk membantu peniaga yang terjejas ekoran keputusan pembatalan bazar-bazar di bulan puasa nanti pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik.

Mengulas lanjut, katanya, inisiatif itu yang kini masih di peringkat awal mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar yang tampil untuk menyertai platfrom terbabit.

“Melalui platform ini, kita akan wujudkan rangkaian penghantaran dalam kalangan ahli juga untuk mengurangkan kos…sehingga kini permintaannya tinggi dan kita laksanakan dulu di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, beberapa negeri antaranya Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri mengambil inisiatif membatalkan operasi bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain inisiatif dilaksanakan persatuan itu, Mohamed Zamri berkata, usaha secara persendirian turut dilaksanakan oleh peniaga di sesuatu kawasan dengan mewujudkan rangkaian e-bazar melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp.

Katanya, secara keseluruhan lebih 100,000 peniaga bazaar di seluruh negara terjejas ekoran wabak COVID-19 kerana tidak dapat menjalankan perniagaan dengan kehilangan pendapatan dijangka membabitkan sekurang-kurangnya RM50 juta.

“Di Kuala Lumpur sahaja, ada kira-kira 10,000 peniaga yang terkesan membabitkan peniaga bazar iftar yang menjual makanan dan bazar ria yang menjual kelengkapan Hari Raya,” katanya.

Walaupun menggunakan kaedah yang berbeza dari tahun sebelumnya, namun kaedah penjualan atas talian ini tetap disambut dengan baik oleh masyarakat di negara kita, terutama golongan peniaga.

Ada diantara mereka yang sudah pun mewujudkan akaun kumpulan sendiri di Facebook bagi menjayakan pelaksanaan e-bazar Ramadan tahun ini.

Kini Lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor telah mengambil langkah proaktif ini dan sudah mula mempromosikan jualan mereka khususnya jualan makanan.

  1. BAZAAR RAMADHAN ONLINE GOMBAK
  2. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
  3. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
  4. Bazar Ramadan Saujana Utama
  5. BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
  6. Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
  7. BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
  8. BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
  9. BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
  10. BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
  11. BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
  12. BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
  13. BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
  14. BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA

Dengan wujudnya bazar-bazar sepanjang bulan puasa di atas talian ini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk mendapatkan juadah berbuka pada tahun ini kerana makanan yang dijual adalah sinonim dengan menu bazar Ramadan sebelum ini.

Terdapat ramai juga penjual yang sudah mula beroperasi pada masa sekarang (Perintah Kawalan Pergerakan).

Baca Selanjutnya

Tiada Bazar Ramadan? Jangan Panik Peniaga E-Bazar Ramadan Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here