Home All Isu Semasa Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri!

Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri!

3594
2
Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri!

Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri! | Tidak semua orang mahir memasak seperti chef di restoran dan kadangkala tiada masa untuk masak berikutan sibuk dengan kerja di rumah. Bagaimana kalau kami katakan ada satu mesin yang boleh memudahkan anda untuk masak di rumah?

Thermomix, merupakan mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, anda hanya perlu gunakan resipi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasak untuk anda.

Tidak percaya? Terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan difahamkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakan ia.

We are so excited that the HRH @airtangan_tunkuazizah is a new owner of the Thermomix® TM6! The World's original and…

Posted by Thermomix Malaysia on Monday, April 13, 2020

Difahamkan minggu ini kecoh di media sosial apabila tular mesin ini digunakan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan ramai yang mula membanjiri Facebook Thermomix Malaysia bertanya tentang harga mesin tersebut.

Menurut hasil tinjaun kami, mesin ini berharga RM7,188. Bagi para suami pastinya mesin ini umpama mimpi ngeri buat mereka jika isteri minta beli mesin ini. Adakah anda berasa teringin untuk miliki mesin yang memudahkan kerja anda di dapur ini?

Kalau anda tiada masalah kewangan,terlebih mampu bayar tiada masalah.

Sangat penting untuk anda tahu bagi elakkan teruja pada awalnya tapi tersimpan dalam kotak di dalam kabinet dapur untuk seterusnya.

Untuk yang mengidam,teruja nak beli Thermomix TM6,elok kilas pandang baca penulisan Ben . Lepas tu buatlah keputusan…

Posted by Ben Safwan on Monday, April 13, 2020

Tak payahlah beli dulu,tiada kepentingan pun sangat produk sebegitu dalam keadaan ekonomi sekarang..!

Thermomix. Benda ni tgh viral sekarang, sakan dok melintas & lalu lalang di media sosial, kan? Asbab curious, saya…

Posted by Mona Din on Tuesday, April 14, 2020

Kalau Installment Kowei Pun Menggagau Cari Duit, Lupakan Dulu Nak Tambah Hutang!

𝗧𝗛𝗘𝗥𝗠𝗢𝗠𝗜𝗫Nak review jugak! 🤣Gadget dapur yg satu ini tengah viral sekarang ya. Ada yg dah terbawa-bawa dalam mimpi…

Posted by Ishraaf Mazlan on Monday, April 13, 2020

Thermomix, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri?

Jika isteri dan start tengok ciri-ciri “robot memasak” ni suami tak payah lah nak marah-marah, biarkanlah isteri berangan di siang hari. Kecuali memang dia ada duit simpanan dan nak gunakan duit dia sendiri.

Tapi apapun nasihatkan lah, fikir-fikirkan dulu sama ada ianya keperluan atau kehendak semata-mata. Selama berpuluh tahun berkahwin berapa banyak ribu resepi yang isteri dah cuba?

Jangan sampai dah beli nanti, jadi tak mampu dah nak beli bahan-bahan masakan. Jangan sampai anda kena goreng telur makan nasi dengan kicap!

Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri!

Bagi mereka yang mampu, terpulang pada diri anda sendiri. Rasanya mereka yang bijak ekonomi lebih arif dengan keadaan ekonomi dunia sekarang. Rasanya jika perlukan wang anda perlu melepaskan barang ini masa itu ada tak yang nak beli semula barang ni?

Rata-rata netizen bersetuju untuk mengawal perbelanjaan mereka pada perkara yang perlu dan lebih penting. Nak pula dengan keadaan terkini mungkin ramai yang sudah tidak mempunyai simpanan, gaji bakal dipotong dan paling teruk kehilangan pekerjaan.

Memasak merupakan aktiviti rutin bagi para isteri, ramai yang merasakan memasak secara biasa lebih mudah dan sentuhan air tangan dan kasih sayang untuk keluarga. Tebuk dada tengok poket masing-masing, bukan ingin menjatuhkan nilai produk tersebut tetapi belajarlah untuk menilai ekonomi keluarga sendiri.

Baca Selanjutnya

Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here