Asap rokok merupakan antara medium pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru, asma, keguguran janin dan lain-lain.
Menurut laman I Can Quit, individu yang berada di sekeliling perokok atau dikenali sebagai perokok pasif boleh mendapat peningkatan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 25 hingga 40 peratus, jumlah yang serupa dengan perokok aktif.
Mengulas itu berkenaan, Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, isteri yang khuatir menerima kesan negatif daripada asap rokok suami boleh menuntut fasakh dan membubarkan perkahwinan.
Berikut adalah penjelasannya kemudaratan tabiat merokok
Rokok dari sudut kesihatan mendatangkan kemudaratan kepada yang menghisapnya dan juga sesiapa yang menghidu asapnya. Demikian juga mengganggu mereka yang bergaul dengannya seperti bau yang busuk.
Maka, isteri seorang perokok yang terancam kesihatannya atau terganggu kehidupannya disebabkan tabiat merokok suaminya boleh menuntut fasakh.
Pihak mahkamah hendaklah membuat penilaian tentang kemudaratan ini terhadap isteri.
Hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok jika didapati tabiat itu mendatangkan kemudaratan kepada anak berkenaan. Hal ini akan dinilai di mahkamah.
Demikian apa-apa bahan yang diambil oleh suami yang memberikan kesan yang memudaratkan kepada isteri. Ini seperti dadah, ketum dan seumpamanya.
Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 3/2019 pada 22 April 2019
Sumber: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
