Teman Ayah Bekerja, Anak Belajar Erti Susah Cari Duit. “Jadi Lelaki Jangan Suka Duduk Rumah…” | Apabila bergelar seorang ayah, bukanlah diri sendiri sahaja yang perlu difikirkan, tetapi perlu bertanggungjawab untuk memastikan kehidupan isteri serta anak-anak lebih terjamin.
Namun, tanggungawab ayah bukanlah hanya menyara keluarga, sebaliknya membantu dalam mendidik serta membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna.
Hidup tak semudah yang disangka
Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa di Facebook baru-baru ini, memaparkan bagaimana dia memberi pendedahan kepada anak lelakinya sukarnya mencari rezeki.
Memandangkan ramai anak-anak muda sekarang lebih suka memilih kehidupan yang lebih mudah dan senang ramai generasi baru ini dilabel malas dan manja.
Pendedahan dengan pekerjaan yang memerlukan kerahan keringat ini sedikit sebanyak boleh membuka mata anak-anak muda untuk meneruskan kehidupan seorang lelaki yang bertanggungjawap perlu “keluar dari rumah” mencari rezeki dan pengalaman dalam dunia pekerjaan.
BACA JUGA: PERINGATAN Untuk Wanita Bekerja! Kenapa Prof Dr. Muhaya Nasihat Betulkan Niat Kita?
Besar tanggungjawab anak lelaki
Dalam status yang dikongsikan itu juga, bapa ini menasihatkan si anak untuk sentiasa mengingatkan anak tentang tanggungawab anak lelaki dalam keluarga.
“Ingat Long hidup tak semudah yg disangka, org lebih gemar bercerita buruk dari kebaikan. Ayah cakap ni sbb bila ayah sudah tiada semua ni awak punya. Tanggungjawab awak besar. Jadi lelaki jangan suka duduk rumah…”
Mungkin kebanyakkan anak-anak tidak memahami situasi seorang ayah, demi mencari rezeki ada masanya mereka terpaksa berkorban masa untuk keluarga.
BACA JUGA: Dr Zulkifli Tegur Penjawat Awam ‘Hilang’ Semasa Waktu Bekerja
