Home All Isu Semasa Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa.

Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa.

4101
0
Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa.

Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. | TIADA apa yang pelik jika melihat masyarakat pelbagai kaum di Kelantan berbual dalam loghat yang sama. Kecek Kelate memudahkan mereka sama ada kaum Melayu, Cina dan India serta yang berketurunan Siam, berkomunikasi dengan lebih baik dalam urusan seharian.

Loghat itu dilihat memain peranan besar dalam mengekalkan keharmonian sesama mereka walaupun juga berbeza agama. Perkataan seperti ‘kawe’ atau ‘ambo’ (saya), ‘ghoyak’ (beritahu), ‘make’ (makan), ‘bakpo’ (kenapa), ‘tak dok gapo’ (tidak ada apa-apa) dan ‘bekwoh’ (kenduri) adalah antara dialek Kelantan yang biasa diucapkan dan didengari dalam kehidupan seharian masyarakat negeri ini.

Uniknya, perkataan tersebut juga sinonim dengan penduduk bukan Melayu terutama masyarakat Siam di sini sehingga menjadi alat yang menyatukan mereka.

Lebih menarik apabila orang Siam, Cina dan India lebih selesa menggunakan dialek Kelantan dalam urusan seharian sesama mereka.

Terkesima Cina Kecek Kelate Sembang Pasal Nasi Lemak.

Kaum Cina di Kelantan memang beginilah mereka. Sangat fasih bercakap Kelantan dan memang mereka berkomunikasi dalam bahasa Kelantan walau sesama mereka.

Teringat dulu masa lepas SPM aku mencari kerja kosong. Nampak ada orang tampal kat dinding kerja kosong. Terus aku call guna public phone. Cakap punya cakap, dia suruh pergi kedai.

Aku tanya jumpa siapa? Dia kata nanti cari dia. Chong juga namanya. Memang betul-betul aku ingat aku cakap dengan Melayu. Hahahaha.

Orang Cina Kelantan ni, kalau cakap Kelantan langsung tidak pelat. Kau takkan boleh kesan dia orang Cina kalau setakat cakap melalui phone.

Dan Chong Thunder ni bukan saja-saja tulis dalam bahasa Kelantan untuk jadi viral. Tapi memang setiap kali dia up status di Facebook akan guna bahasa Melayu Kelantan. Dan kawan-kawan Cina dia yang lain pun rilek je layan speaking Kelantan dengan dia. Tak ada sorang pun tulis dalam Bahasa Mandarin.

Berikut adalah perbualan mereka yang saling berbalas komen di Facebook. Ianya bermula daripada pemilik akaun Chong Thunder yang mengeluh dia tak ada rezeki kali ini nak merasa nasi lemak sebab apabila sampai giliran dia, nasi habis pula.

kecek kelate

Ada yang menawarkan diri untuk memasak. Ricky Ang pula menyatakan: “Kenapa tak cakap awal awal, boleh saya ejaskan.”

Chong Seng Heng pula mencadangkan agar Chong Thunder cuba pergi ke kedai sebelah balai bomba, yang menurutnya lagi sedap. Tapi Chong Thunder menyatakan kedai itu tutup hari tu.

Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 1

Seorang lagi terus meneka bahawa kedai makan itu adalah kedai Tok Wan Ali. Dan Chong mengiyakannya.

BACA: Kereta Mewah Tersadai, Ini Kisah Disebalik Misteri Rumah Besar Terbiar Di Kelantan

Mereka turut menyatakan sedikit keluhan ke atas prestasi kedai itu yang sekarang ni tak macam dulu. Ikan bilis dah tak ada, kena mintak.

Malah perbualan semakin rancak bercerita tentang kedai tersebut.

Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 2 Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 3  Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 4

Telatah mereka membuatkan ramai terkesima dan kagum. Bagaimana di Kelantan mereka yang berbangsa Cina boleh bercakap sesama mereka dalam bahasa Kelantan.

Salah seorang pengguna Twitter menyatakan, salah satu sebab orang Cina di Kelantan fasih berbahasa dalam loghat Kelantan kerana di negeri tersebut memang mereka hanya berbahasa sesama mereka dalam bahasa Kelantan bukannya bahasa Melayu standard.

Kalau nak berinteraksi dengan orang Melayu yang majoriti di sana, kenalah berbahasa Kelantan untuk lebih lancar.

Ada yang berkongsi kisah mereka tak sangka Cina di Kelantan pandai kecek Kelate, dan membawa mereka bercakap dengan loghat KL. Sekali dibalas dengan kecek Kelate.Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 5

Ini bukanlah kali pertama Cina Kelantan viral sebab kecek Kelate. Bagi sesetengah orang ianya lebih daripada kemahiran linguistik, ia adalah gambaran kerharmornian di Kelantan. Dan rasa pemilikan mereka ke atas bahasa seharian di negeri mereka.

Telatah Cina Kelantan Kecek Kelate Berbual Pasal Nasi Lemak Buatkan Ramai Tertawa. 6

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here