Home All Isu Semasa Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan

Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan

821
0
Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan

Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan | ComfortDelGro sebuah syarikat pengangkutan yang berpusat di Singapura telah mengumumkan bagi proses pemasangan kabin pelindung plastik pada 400 buah teksi miliknya.

Syarikat itu menjelaskan bahawa langkah itu bertujuan untuk meminimumkan risiko kemungkinan jangkitan COVID-19.

Kabin pelindung yang dikenali sebagai V-Shield meliputi bahagian pemandu kenderaan yang berukuran 1m x 0.7m x 0.6m. ComfortDelGro mendakwa bahawa pelindung itu dibuat daripada “bahan yang tidak dapat dipecahkan”.

BACA: Alhamdulillah Kini Penghantar Foodpanda Layak Manfaat Perlindungan Perkeso, Doakan Keselamatan Frontliners!

Selain itu pemasangan pelindung itu juga akan dapat menggandakan perlindungan terhadap pemandu dengan sebarang keganasan atau bahaya dari segi fizikal.

teksi

Syarikat pengendali teksi tersebut menambah bahawa kabin pelindung tidak akan menghalang aliran udara di dalam ruangan teksi. Terdapat dua bukaan tingkap yang membolehkan transaksi bayaran tunai dilakukan.

Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan 1

Dilaporkan pemasangan V-Shield dalam setiap kenderaan milik syarikat ini baru sahaja dimulakan dan setiap minggu dianggarkan 50 buah kenderaan akan melakukan pemasangan pelindung ini. ComfortDelGro mengatakan bahawa usaha ini akan diperluaskan lagi sekiranya percubaan ini membawa kepada hasil yang positif.

Sehingga semalam, jumlah kes positif COVID-19 di Singapura mencatatkan 570 jangkitan baru. Menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan ialah sebanyak 29,364 kes.

Sumber 

Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here