Home All Isu Semasa Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin

Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin

3375
0
Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin

Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin | Kala ini Amerika Syarikat berada dalam keadaan huru hara. Hanya kerana satu keegoan iaitu menggunakan kekerasan terhadap tahanan kulit hitam George Floyd, 46 yang merayu saat lehernya ditekan pegawai polis Derek Chauvin di Minneapolis.

Rusuhan terus merebak ke beberapa buah negeri termasuk Danver, Atlanta, New York, Washington, Kansas City, Louiseville dan banyak lagi.

Malah sejak semalam lagi, tempat bermulanya rusuhan besar-besaran ini iaitu Minneapolis telah diisytiharkan darurat oleh Gabenor Negeri berikutan keadaan sudah jadi tidak terkawal.

Ramai yang marah, geram dan menyifatkan polis sebagai virus dalam masyarakat kerana rayuan George iaitu dirinya tidak boleh bernafas ( I Can’t Breathe) langsung tidak dihiraukan saat teknik tekan leher di gunapakai oleh bekas pegawai polis terbabit.tekan leher tekan leher

Namun di saat kita menyaksikan “masih wujud sifat ihsan” di kalangan rakyat Amerika yang tidak mengira warna kulit bersatu menentang kezaliman ini, sebenarnya teknik tekan leher ini sudah lama diamalkan oleh Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

BACA: Palestin Dan Perang Dunia Yang Tertangguh

Ya kejam kerana penduduk Palestin sudah lama dikenakan teknik tekan leher ini setiap kali penahanan dilakukan terhadap mereka tanpa mengira kesalahan.
Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 1 Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 2 Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 3 Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 4 Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 5

Quds News Network yang memaparkan kekejaman zionis Israel dapat dilihat bagaimana teknik tekan leher ini dilakukan dan mendapat perkongsian 37K.

Bukan George sahaja perlu dibela kematiannya tapi penduduk Palestin juga! Mari doakan agar penduduk Palestins sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan tiada kekejaman dilakukan terhadap mereka lagi.

Sumber

Teknik Tekan Leher! Zionis Israel Sudah Lama Zalim Terhadap Penduduk Palestin 6

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here