Isu dibayar gaji yang tidak setimpal bukanlah suatu isu yang baharu lagi. Baru-baru ini seorang majikan dikecam teruk di laman Twitter selepas menyiarkan tawaran pekerjaan mencari jurutera.
Yang menjadi isunya ialah gaji yang ditawarkan iaitu sebanyak RM1,400 dengan mewajibkan kerja lebih masa selama empat jam sehari.

Menurut sumber daripada Twitter @hazman92_, ada individu yang tampil ‘membela’ nasib mereka yang bakal ditindas dengan membawa kes majikan berkenaan ke pejabat buruh.
Melanggar had bekerja melebihi 48 jam seminggu, syarikat berkenaan kini sudah berada di bawah pemantauan Pejabat Buruh yang mana sekiranya sudah ditawarkan dan ianya ada dalam surat tawaran jawatan, majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan.
Sudah menyunting iklan menawarkan pekerjaan berkenaan, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap syarat majikan berkenaan melibatkan gaji dan tempoh bekerja.
Gaji Dan Tempoh Bekerja Yang Mengainaya Pekerja
Majikan yang mengambil kesempatan.
Namun ini respon beliau.
Yang masih tak tahu mengenai Akta Buruh 1955 sila klik link ini: Akta Buruh
Sumber: @eryazmi, @hazman92_, LinkedIn
