Home All Isu Semasa Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung

Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung

9920
0
Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung

Seperti yang dialami semua orang sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, ramai perlu bekerja dari rumah dan ada juga yang mengambil cuti tanpa gaji.

Keadaan ini menyukarkan segelintir pihak kerana tidak dapat mencari wang pendapatan harian demi menanggung ahli keluarga di rumah.

Namun, terima kasih kepada beberapa pihak yang baik hati yang turun padang bagi hulurkan bantuan. Sebuah syarikat bekalan ayam di Johor menyedari masalah ini dan ingin mengurangkan bebanan ditanggung orang kurang kemampuan.

Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung 1

Bantuan Ayam Untuk Penduduk Kampung

Pengarah bukan Eksekutif Ayam Norliza, Badrul membuat posting di Twitter berkongsi ketika mengedarkan 1,000 ekor ayam mentah secara percuma kepada pekerja dan orang kampung yang berdekatan dengan kilangnya.

Menurut pihak pengurusan, mereka perlu melakukan perkara itu kepada komuniti di sekitar Pontian kerana memahami keadaan ekonomi yang berlaku sekarang ini.

Badrul berkata mereka bukan selebriti atau orang kaya tetapi mereka hanya penjual ayam biasa. Dia juga menjelaskan mereka memberi bantuan itu tanpa membezakan individu dan berharap dapat meringankan bebanan orang yang memerlukan.

bantuan ayam

Namun tidak disangka, rupa-rupanya Badrul adalah anak kepada pengasas syarikat itu! Syarikat tersebut dinamakan sempena nama ibunya, Norliza pada tahun 1997.

Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung 2

Memberi bantuan kepada yang memerlukan adalah satu perkara yang murni dan Badrul berharap melalui usaha ini, orang lain akan turut membantu keluarga daif di komuniti masing-masing.

Baca Selanjutnya

Tauke Syarikat Bagi 1,000 Ekor Ayam Percuma Kepada Golongan Susah Sekitar Kampung 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here