Home All Isu Semasa Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Di Saman RM1 juta Oleh Penduduk &...

Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Di Saman RM1 juta Oleh Penduduk & Peniaga Di Napoh Yang Terjejas

743
0
Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Di Saman RM1 juta Oleh Penduduk & Peniaga Di Napoh Yang Terjejas

Seramai 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan nasihat peguam pihaknya akan menyaman pemilik kedai Nasi Kandar Salleh itu dan menuntut ganti rugi kerana menyebabkan pengadu di Napoh, Kubang Pasu, Kedah mengalami kerugian.

Tindakan itu diambil sebagai langkah dalam menuntut semula kerugian yang dialami termasuk kesan terhadap psikologi penduduk selepas pemilik restoran terbabit menjadi punca ataupun kes indeks bagi Kluster PUI Sivagangga.

Nasi Kandar Salleh

BACA JUGA: Checklist Amalan Harian Bekas Pesakit Covid-19, Disarankan Cuba!

“Kami juga menerima seramai 100 pengadu yang terjejas dan 6 badan bukan kerajaan (NGO) yang akan turut serta menyaman pemilik kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menyambut baik langkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara 5 bulan.

Lebih 100 Individu Failkan Saman Kepada Pemilik Kedai Nasi Kandar Salleh

Menurut Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang individu yang mahu berbuat demikian selepas menerima nasihat peguam dalam menfailkan saman ke atas pemilik restoran terbabit.

Antaranya ialah penduduk yang tinggal di kawasan sekitar restoran, peniaga-peniaga kedai runcit, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),serta pemandu dan syarikat lori yang menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui jalan Napoh-Changlun.

Bagaimanapun, jelas beliau, dalam memberikan bantuan khidmat guaman bagi proses memfailkan saman terbabit, keutamaan akan diberikan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Sejak beberapa hari lalu, CAKE kataya, sudah mendapatkan salinan kad pengenalan diri dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia daripada penduduk dan peniaga yang mahu menyaman pengusaha nasi kandar berkenaan.

“Kami (jawatankuasa yang menguruskan saman) sudah mula kumpul (nama) dengan anggaran kerugian setiap seorang sebanyak RM14,000.

“Saya juga dapat panggilan ada pengusaha lori yang apa bawa barang essential (penting) terjejas disebabkan ada laluan yang ditutup. Kata mereka ada perjalanan (penghantaran barangan) yang tidak dibenarkan oleh polis. Ini menyebabkan syarikat-syarikat pengusaha lori akan turut menyaman,” katanya.

Tambah Yusrizal, pihaknya turut menjangkakan lebih ramai pihak terutama penduduk dan peniaga khususnya yang tinggal berdekatan atau bersempadan dengan kawasan TEMCO turut akan melakukan perkara sama dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, pihak CAKE turut menyambut baik keputusan hukuman yang dijatuhkan keatas pemilik restoren terbabit pada Khamis.

Hukuman itu disifatkan CAKE, dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak.

Pada Khamis, pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi di pekan Napoh dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 tahun, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh didapati bersalah ke atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu.

BACA JUGA: 6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan

Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Di Saman RM1 juta Oleh Penduduk & Peniaga Di Napoh Yang Terjejas 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here