Home All Keluarga Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan, Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro...

Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan, Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’.

1881
1
kos perubatan

Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’ Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan | Setiap individu pasti mahukan yang terbaik buat pasangannya hingga ke akhir akhir. Sudah menjadi lumrah pasangan yang berkahwin untuk berkorban apa sahaja demi membahagiakan pasangannya.

Walau bagaimanapun, di sebalik kisah cinta yang dilalui, terkadang ujian yang menimpa bakal membuatkan sesebuah pasangan perlu berusaha lebih untuk meneruskan hidup.

Situasi yang sama turut dilalui oleh Ayul Rahman yang merupakan seorang jurugambar dan berjaya meraih populariti selepas membangunkan Aylrhmn Gaming dimana beliau memilih untuk menjadi streamer bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

kos perubatan

Difahamkan pemilihan beliau untuk menjadi streamer secara aktif ini bermula apabila isteri beliau telah didiagnosis doktor dengan sebuah penyakit yang jarang berlaku iaitu darah tinggi melibatkan paru-paru dan tidak boleh diubati.

kos perubatan

Penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau, Quya mmbuatkan beliau kerap letih dan tidak mampu bernafas dengan baik. Dikatakan Quya yang telah melangsungkan perkahwinan selama lima tahun ini mulai merasa tidak selesa pada badannya sebelum membuat pemeriksaan di IJN pada tahun lalu.

Tiada Subsidi Kos Perubatan Kerana Penyakit Jarang Berlaku

Memandangkan penyakit ini sangat jarang berlaku dan dihadapi oleh rakyat Malaysia, penyakit ini tidak tersenarai dalam senarai ubat subsidi oleh pihak kerajaan.

Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan, Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’. 1

Di dalam sebuah status yang dimuat naik Ayul pada September lalu, beliau turut berkongsi ubat yang diambil serta kos perubatan yang ditanggung beliau setiap bulan dimana ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari berjumlah RM300 sehari dan RM9,000 sebulan. Pihak doktor juga turut menasihatkan isterinya untuk terus mengambil ubat yang disarankan seumur hidupnya.

Setakat ini, Aylrhmn Gaming sudah berjaya mengumpul 19 ribu pengikut di Facebook. Anda boleh turut follow dan like page dengan klik di sini bagi menyokong perjuangan Ayul Rahman dalam membantu kos perubatan isteri beliau.

Beliau juga turut berkongsi mengenai penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau di laman Facebook beliau dalam usaha untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kepada orang ramai.

Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan, Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here