Home All Isu Semasa Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah – ‘Ini Je Saya...

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah – ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’

2413
2
yuran sekolah

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah – ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ | Sesi persekolahan telah bermula untuk tahun 2020 ini dan ramai kanak-kanak teruja apabila tiba hari pertama persekolahan. Namun disebalik gelak tawa dan senyuman yang diukir oleh si anak ke sekolah, siapa sangka ada segelintir ibu bapa dan penjaga yang diselubungi masalah untuk membayar yuran pendaftaran.

Menerusi Twitter Musytaq yang merupakan seorang guru sekolah rendah, berkongsi kisah sedih yang berlaku semasa hari pendaftaran sekolah. Menurutnya, ada seorang ibu yang tidak dapat melunaskan sepenuhnya yuran pendaftaran anak disebabkan masalah kewangan.

Duit saya tak cukup nak bayar yuran sekolah

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 1

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 2

Menurut si ibu, 6 orang anaknya yang lain turut bersekolah dan memerlukan duit untuk mendaftar. Oleh hal yang sedemikian, dia tidak mampu untuk melunaskan segala yuran secara serentak ekoran suaminya seorang yang bekerja. Duit gaji si suami hanya cukup untuk perbelanjaan sebulan.

Ini je saya mampu bayar Ustaz

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 3

Walau bagaimanapun, si ibu masih berjanji bahawa dia akan cuba untuk melangsaikan yuran sekolah tertunggak anaknya itu pada bulan hadapan. Situasi sedih itu berlaku di hadapan kaunter pendaftaran murid tahun 4. Tambah Musyetaq, dia memahami keadaan yang dilalui ibu tersebut dan sebak ketika mendengar luahan hati ibu pelajarnya itu.

Bayar ini je dulu, sebab tak cukup duit

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 4

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 5

Selain itu, ada juga yang hadir sebagai penjaga kepada murid berkenaan ekoran murid tersebut telah kematian ibu bapa. Penjaganya merupakan atuk yang usianya semakin uzur masih mencari rezeki untuk membesarkan cucunya. Walaupun angka yuran hanya RM20 sebulan, jumlah itu agak besar bagi sesetengah individu yang mengalami kesempitan hidup.

Masyarakat kita ramai masih susah

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 6Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 7

Sumber: Musyetaq

Ibu Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Sekolah - ‘Ini Je Saya Mampu Bayar’ 8

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here