Home All Isu Semasa Tanda Awal PKP Fasa 1 Berjaya, Kerajaan Rayu Rakyat Bagi Lebih Kerjasama!

Tanda Awal PKP Fasa 1 Berjaya, Kerajaan Rayu Rakyat Bagi Lebih Kerjasama!

13701
2
Tanda Awal PKP Fasa 1 Berjaya, Kerajaan Rayu Rakyat Bagi Lebih Kerjasama!

Tanda Awal PKP Fasa 1 Berjaya, Kerajaan Rayu Rakyat Bagi Lebih Kerjasama Semasa PKP Fasa 2 | “KES (penularan Covid-19) kita tidak naik secara mendadak tetapi sedikit mendatar.

“Berdasarkan kepada graf ini, ada kejayaan atau tanda awal kita berjaya dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sambil menunjukkan carta kes koronavirus baharu (Covid-19) ketika sidang media di Putrajaya hari ini, beliau berharap pihaknya dapat pertingkatkan strategi pada PKP Fasa Kedua.

PKP

“Jadi kita berharap dalam fasa kedua PKP, kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti kita, terutama di hotspot yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia berbeza dengan unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menjangkakan peningkatan mendadak sepanjang tempoh sama.

“Jika berlaku peningkatan mendadak kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, melalui PKPD, semua yang berada dalam kawasan yang dikenakan sekatan akan disaring, diuji, dikenal pasti dan diasingkan untuk memberi rawatan kepada mereka.

Beliau berkata, ketika ini pendekatan bersepadu yang dibuat sepanjang PKPD membolehkan KKM mengenal pasti sejumlah 111 kes positif di Kluang manakala sehingga 9 malam tadi, sejumlah 277 kes positif Covid-19 dikesan di Sungai Lui di Hulu Langat, dan diasingkan untuk dirawat.

Ditanya sama ada KKM akan menasihatkan Perdana Menteri untuk membenarkan rakyat Malaysia pulang beraya pada Mei ini, Dr Noor Hisham berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada Covid-19 boleh dikawal sebaik mungkin atau sebaliknya.

“Tempoh dua minggu ini adalah untuk melihat perkembangan seterusnya namun, apa yang penting semua pihak perlu mengubah gaya hidup dan amalan dalam usaha membanteras penularan wabak ini, kerana sememangnya ramai yang terkesan dengan Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk dalam perkongsian data klinikal, seperti yang diutarakan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, buat pertama kali dalam sejarah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 diguna pakai dan semua pihak dapat duduk bersama untuk memerangi Covid-19.

“Kami bersedia untuk berkongsi data tetapi perlu melihat apa yang boleh dikongsikan kerana data yang bersifat awam tiada masalah sebaliknya maklumat peribadi seperti sejarah jangkitan ada beberapa isu.

“Ketika ini, KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi sedang bekerja keras untuk menyalurkan maklumat penting kepada Jawatankuasa Pusat supaya satu perisian dikeluarkan.

“Ia membantu kita dalam mengambil tindakan di kawasan hotspot,” katanya.

sumber hmetro

Baca Selanjutnya

Tanda Awal PKP Fasa 1 Berjaya, Kerajaan Rayu Rakyat Bagi Lebih Kerjasama! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here