Akibat terlalu ramai pengunjung ke Taman Tasik Titiwangsa, taman awam itu akhirnya terpaksa ditutup serta merta hari ini 28 Mei 2020.
Perkara ini diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook rasminya bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Dimaklumkan bahawa Taman Titiwangsa ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini 28 Mei 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 disebabkan pengunjung yang ramai di taman tasik titiwangsa ini.
Walaubagaimanapun aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar taman atau sekeliling taman.- Maklum DBKL.
BACA: Elak Ramai Kena Coronavirus Lelaki Nekad Basuh Taman Permainan Awam, Tak Kisah Diketawakan.
Respons Netizen Ramai Bersetuju Taman Titiwangsa Ditutup Semula:
Ramai Tidak Patuh Kelonggaran Yang Diberikan:
Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
