Home All Keluarga Takut Digelar ‘Andartu’ Punca Ramai Kahwin Dengan Calon Tangkap Muat

Takut Digelar ‘Andartu’ Punca Ramai Kahwin Dengan Calon Tangkap Muat

1696
0
andartu

Budaya berkahwin awal kerana terlalu takut dengan gelaran andartu di kalangan wanita muda sebenarnya turut memberikan impak yang buruk pada institusi keluarga di Malaysia.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim (YPKDT) Daerah Segamat mendedahkan kebanyakan kes keretakan rumah tangga dalam golongan wanita muda berusia 30 tahun adalah berpunca dari kegopohan golongan terbabit dalam memilih pasangan kerana bimbang digelar sebagai anak dara tua atau ‘andartu’.

PENCERAIAN HANYA KERANA TAKUT GELARAN ANDARTU!

Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Segamat, Nurmala Mohd [email protected] berkata, trend itu amat ketara dan kebanyakannya berpunca daripada ketidaksefahaman walaupun isu yang timbul hanya berpunca dari isu kecil.

“Ada isu yang tidak perlu diperbesarkan umpamanya menentukan siapa yang patut menghantar anak ke sekolah setiap hari, namun ia tetap menjadi punca keretakan rumah tangga.
andartu

“Kesibukan melayari laman sosial di telefon bimbit hingga dibawa ke meja makan turut menyumbang konflik rumah tangga hingga ia berpanjangan akibat syak wasangka dan cemburu buta,” katanya memetik laporan dari Harian Metro Sabtu lalu.

Selain itu, timbul rasa cemburu di kalangan golongan muda melihat rakan sebaya telah berumah tangga, berasa tertekan kerana belum memiliki pasangan lalu mencari jalan mudah untuk mencari pasangan.

Biarpun  calon yang dipilih itu hanyalah calon tangkap muat, golongan ini tidak kisah kerana ia lebih baik daripada mereka disindir orang ramai akan status ‘andartu’.

“Pada masa sama, mereka kurang bertanyakan pahit manis dan asam garam berumah tangga pada rakan yang sudah melalui fasa terbabit.

“Ada rakan turut tidak jujur dan hanya berkongsi yang indah sahaja mengenai kehidupan berkeluarga. Sedangkan kehidupan digambarkan tidak seindah seperti diperkatakan.

“Tiada pasangan yang inginkan perceraian, namun jika hidup terseksa selain digantung tidak bertali, umpama menyeksa diri sendiri.

“Perkenalan yang singkat dan belum mengenali hati budi masing-masing masing menyebabkan ramai pasangan muda terkandas di tengah jalan. Sebaiknya ambillah sedikit masau ntuk mengenali sesama diri dan mengenali tabiat buruk pasangan.

“Selain bersikap terbuka menerima kekurangan kerana fitrah manusia yang serba kekurangan serta usaha mendalami lagi ilmu keagamaan,” katanya.

Selain itu, keluarga juga harus meletakkan wang hantaran yang munasabah kerana wang itu lebih baik digunakan bagi kegunaan selepas berkahwin. Adalah sangat penting ibu bapa untuk menyokong keputusan anak dan membantu mereka membuat keputusan yang terbaik berkaitan dengan jodoh.

Jangan bangkitkan soal andartu kepada anak perempuan anda, ini akan membuatkan mereka sukar untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan di gesa oleh keluarga.

Takut Digelar 'Andartu' Punca Ramai Kahwin Dengan Calon Tangkap Muat 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here