Tabik Abang Polis, Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang COVID-19 | Di saat orang lain duduk di rumah bersama keluarga tersayang, petugas barisan hadapan terpaksa bekerja keras untuk negara.
Polis dan tentera terpaksa berjemur di tengah panas demi memasikan semua orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Baru-baru ini, tular beberapa gambar anggota petugas barisan hadapan ini yang ‘terbakar’ muka dipercayai akibat terlalu lama berjemur di tengah panas ketika sekatan jalan raya.
Gambar yang dikongsikan laman Friends of PDRM itu mendapat lebih 2.8 ribu tanda suka dan dihujani komen positif dari netizen.
Terima kasih abang polis, kerana anda kami selamat
Semoga semua frontliner dilindungi Allah
Bangga dengan kalian
Semoga semuanya berakhir segera, dan semua pengorbanan mereka terbalas.
Terima kasih wira negara!
SEDIH TENGOK VIDEO NI, TERIMA KASIH WIRA NEGARA
Mereka berkorban masa, tinggalkan keluarga demi negara, demi kita semua. Terima Kasih Wira Negara. 😭#covid19#dudukrumah#stayAtHome
Posted by Friends Of PDRM on Friday, March 27, 2020
Sumber: Friends of PDRM

[…] BACA: Tabik Abang Polis, Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang COVID-19 […]
[…] dan Twitter, menonton Netflix, bermain permainan online dan macam-macam lagi, sebenarnya mengancam wajah kita tanpa […]