Benteng Diri Dari Hasad Dengki, Ustaz Ajar Amal Surah Al Muawwizat

0
635
hasad dengki

Perasaan kurang senang adalah benih sifat iri hati dan hasad dengki. Iri hati ialah sifat yang muncul akibat dari perasaan ego dan sombong sehingga tidak boleh menerima serta melihat orang lain melebihi dirinya. Lantas, rasa iri hati membuahkan pula sifat atau penyakit hasad dengki.

Hasad berasal dari bahasa Arab yang bererti dengki, yang mana sering digabungkan menjadi hasad dengki dalam bahasa harian kita. Hasad dengki membawa maksud perasaan inginkan agar nikmat, kelebihan, kebolehan atau keistimewaan yang ada pada orang lain terhapus. Tetapi dia akan merasa gembira jika dia termasuk dalam kumpulan yang memperolehi kelebihan serta keistimewaan berkenan.

Justeru, hasad dengki adalah sifat mazmumah yang paling kerap melanda diri manusia. Dalam menghuraikan persoalan sifat yang keji ini, Imam al-Ghazali menyenaraikan tiga ciri orang yang berdengki seperti berikut: hasad dengkiPertama, menginginkan agar kenikmatan atau kelebihan lenyap daripada orang lain dan mengharapkan agar kenikmatan itu berpindah kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kelebihan yang dimiliki orang lain itu lenyap meskipun dia sendiri tidak dapat memilikinya disebabkan kekurangan pada dirinya sendiri. Yang penting baginya ialah orang itu jatuh dan hilang kelebihannya.

Ketiga, merasa sakit hati apabila orang lain melebihinya walaupun dia tidak berbuat sesuatu untuk menjatuhkannya.

Sehubungan itu, seseorang yang berpenyakit hasad dengki sentiasa gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh orang yang didengkinya. Apabila perasaan itu tidak lagi dapat dikawal, maka si pendengki akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai dengan apa cara sekalipun.

Dan situasi inilah yang menatijahkan gejala negatif seperti mereka-reka cerita, menfitnah, mengumpat, memaki dan sebagainya bertujuan memburuk-burukkan orang yang didengki. Malah, ada di kalangan yang dihidapi penyakit hasad itu sanggup bersekongkol dengan pihak musuh menggunakan segala cara yang ada termasuk media sosial hatta melanggani tukang-tukang sihir dan mengamalkan perbuatan keji lainnya semata-mata untuk menjatuhkan orang yang didengkinya.

Ikhtiar Rawat diri Dari Hasas Dengki Dengan Surah Al Muawwizat

Selepas hampir setahun tak mendapat kehidupan yang menyenangkan, wanita ini mula membaca amalan surah Al Muawwizat yang diajar oleh seorang ustaz. Amalan ini melindungi dirinya daripada perkara-perkara mistik yang menghantui dirinya.

Inilah perkongsian daripada Linda Sein yang boleh diguna pakai untuk semua. Sebabnya memang agak menyeromkan apabila hal-hal mistik sebegini jadi kat diri sendiri.

Dah hampir setahun otak rasa gelong. Online kejap jer terus rasa nak muntah, rasa nak pytam, menguap malah mengantuk macam baru lepas telan sebotoi obat batuk cap ibu bapak. Eh!

Pi berubat sana cakap lagu tu, pi berubat sini cakap lagu ni. Kesimpulannya, hasad dengki orang lain iri HATI.

Hmmm…
Start dari tu, siang malam kita ni ikut apa kata ustaz. Ikhtiar selagi mampu.

Dari malam bawak ke siang. Dari tenggelamnya matahari sampai timbulnya bulan. Tidoq tak cukup. Pejam mata dalam keadaan TAKUUUUT.

Aku main hantam baca memacam ayat, ada sampai tahap baca yassin 2 kali teruih. Ish ish penakot yarabbi aku ni. Yerlah walaupun laki aku pak haji yang kerjanya ulang alik Malaysia – Saudi, tapi aku ni bukan lah alim sangat. Ada sesetengah ayat aku taktau pon maksud sebenaqnya.

Ini Yang Dialami Setiap Malam

Tiap malam.
Jam 2:30pagi-3:30pagi.

Kejap-kejap bunyi guli jatuh depan pintu bilik tidoq, kejap-kejap bunyi tapak kaki anak kecik lari-lari kat dapoq. Kejap-kejap bunyik duit syiling berterabur kat bilik baju. Lantai sejenis Vinyl kayu pulak tu. Kompem la bunyi dia jadi sangat menyeramkan. Cisss! (Dok type ni pon meremang oi) Menduga keimanan aku betoi.

Sampai tahap mata aku yang cantik dan berseri tu dan berubah jadi lebam bak mata si kungfu panda. Geng-geng urat stress pon pakat sepakat membawa berkat mai dok timboi kat kening seropa apa dah aku ni. Aiyo.

Ok.

Maka. Aku pon terus ikhtiar. Dari selatan ke utagha. Dari kolumpoq ke perak, dari perak ke penang. Dari penang ke kedah. Masuk habis Cerok Nun padia aku pon tak besa sampai kampung tu aih.

Ustaz Ajarkan Cara Bina Benteng Pertahanan diri

Alhamdulillah. Aku jumpa seorang Ustaz. Mengadu dom ba. Ustaz tu ajaqkan beberapa amalan. Maka.. Berbuih la mulut aku dok amalkan al-muawwizat salah satu amalan BENTENG PETAHANAN diri dari hasad dengki yang Ustaz ajaq.

Cara
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas
  • Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil hampa menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Amalkan sekali sebelum tidoq & selepas solat subuh setiap hari.

Alhamdulillah. Berhasil untuk aku. Walaupun syaitan dan jin tak putus asa dok mai jugak kacau aku dan anak-anak, makanya aku pon nekad tak mau dah dok jadi lemah dan tetap tak putus asa untuk ikhtiar lagi dan lagi. Yes. Sebab Allah lebih berkuasa. Aku yakin dengan Allah.

Selain tu,ada beberapa lagi gangguan aku dapat. Dan banyak amalan yang Ustaz ajaq aku. InsyaAllah nanti sambung cerita lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here