Home Pengetahuan Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’...

Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’ Pada 8 April Nanti

13008
1
Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’ Pada 8 April Nanti

Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’ Pada 8 April Nanti | Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi berlangsung sehingga 14 April nanti, ramai rakyat Malaysia yang sudah lelah duduk di rumah sahaja dan tidak dapat melihat dunia luar.

Memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengemas rumah, bermain permainan dan sebagainya tetapi kalau asyik ulang benda yang sama setiap hari, sudah pasti ramai yang dah mula rasa bosan.

Bagi menceriakan lagi hari anda, satu berita baik telah diumumkan di mana dilaporkan bahawa anda semua dapat melihat fenomena ‘Super Pink Moon’ pada 8 April nanti!

Supermoon Edisi Super Pink Moon!

Kenapa dipanggil sebagai ‘Super Pink Moon’? Bukan sebab ia akan memancarkan cahaya merah jambu tetapi ia dinamakan sempena musim bunga.

Walaupun cahayanya bukanlah berwarna merah jambu, tetapi anda akan disajikan dengan saiz bulan yang 14% lagi besar daripada normal malah 30% lagi terang daripada biasa.

Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’ Pada 8 April Nanti

Rakyat Malaysia bolehlah beramai-ramai melepak di laman rumah sendiri atau pun siapa yang ada akses ke bumbung rumah anda, lebih digalakkan untuk menonton Supermoon daripada situ kerana pemandangannya nanti pasti dibawa sampai ke dalam mimpi. Bahkan, super moon kali ini adalah yang paling hampir dengan bumi untuk tahun 2020!

Berdasarkan kepada pertukaran masa, anda semua dapat lihat fenomena ‘Super Pink Moon’ ini pada awal pagi 8 April iaitu jam 10.35 pagi bahkan anda dapat melihat fenomena tersebut pada 12 jam kemudiannya.

Jika terlepas Super Moon yang kali ini, jangan risau kerana ‘Super Flower Moon’ dikhabarkan akan berlaku pada 7 Mei nanti!

Sumber

Supermoon Paling Hampir Dengan Bumi Untuk Tahun 2020, Saksikan ‘Super Pink Moon’ Pada 8 April Nanti 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here