Home All Isu Semasa Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim...

Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim PKP

1616
0
Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim PKP

Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim PKP | Sejak kegiatan manusia banyak terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar.

Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih manakala hidupan di dalamnya mula kelihatan.

Malaysia tidak terkecuali apabila viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.

Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim PKP 1

sungai melaka

sungai melaka

Sungai Melaka Pernah Menghadapi Pencemaran Teruk!

Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.

Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah — nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.

BACA: Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown!

Diharap semoga kejernihan Sungai di negeri Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama!

Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.

Sumber: @FLjasmy & @safaincy

Baca Selanjutnya

Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin Bersih Dan Jernih Di Musim PKP 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here