Home All Isu Semasa Sudahlah Tak Nak Vaksin Anak, Mufti Pula Digelar Penunggang Agama

Sudahlah Tak Nak Vaksin Anak, Mufti Pula Digelar Penunggang Agama

2504
1
vaksin

Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan kes penyakit polio kembali muncul di negara kita selepas 27 tahun.

Boleh dikatakan masih ada dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.

Meskipun, ramai Mufti mengeluarkan fatwa tentang kepentingan vaksin namun, teguran itu seperti tidak diendahkan. Lebih melampau, golongan anti-vaksin ini semakin berani merendahkan dan memperlekehkan fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti.

Seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Amirul Azmeer Asmadi meluahkan rasa kecewa dengan sikap golongan anti-vaksin yang turut menggelar mufti pengunggang agama.

Golongan Anti Vaksin Gelar Mufti Penunggang Agama

Mereka yang anti-vaksin ini berkata mufti mengeluarkan fatwa kerana mahu menjaga air muka dan kedudukan sahaja. Malah ada yang mengatakan mereka yang alim ulama ini tiada ilmu vaksin.

vaksin

vaksin

vaksin vaksin

Kata anti-vaksin ini lagi, fatwa hanya diambil dari info kesihatan sahaja dan bukan daripada mana-mana dalil.

Meskipun, mufti sudah menerangkan panjang lebar beserta berpuluh-puluh dalil agama & hujah yang disertakannya, golongan anti-vaksin/pro-choice ini tetap akan kata,

“Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat.”

Seperti kita tahu mereka yang anti-vaksi ini tetap akan bagi berbagai-bagai alasan lain lagi untuk menjustifikasi pegangan diri sendiri. Walaupun ulama-ulama yang jauh lebih besar ilmu mereka daripada kita sudah penat berbuih-buih mengatakan pendapat yang berbeza.

Sudahlah Tak Nak Vaksin Anak, Mufti Pula Digelar Penunggang Agama 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here