Suami Minta RM50,000 Tebus Talak Bila Isteri Tuntut Fasakh. Ini Jawapan Hakim

0
1356

Ada suami saja-saja tak mahu lepaskan, bila isteri menuntut fasakh suami tuntut tebus talak dengan kadar yang bukan-bukan. Memang ada suami memang suka tengok isteri merana depan mata. Lagi-lagi bila isteri dah tawar hati dalam perkahwinan dan bersungguh untuk minta cerai.

Benar.. tebus talak itu dibenarkan dalam membubarkan sebuah perkahwinan, tapi perlukah suami hingga menyeksa isteri dengan sesuatu yang tak mampu isteri tanggung. Memaksa isteri membuat satu keputusan nekad untuk dirinya demi merdeka jiwa raga.

Makin tersepit isteri, tapi mahkamah tidaklah sekejam suami. Pertimbangan hakim tentunya akan memberi keadilan untuk kedua-dua belah pihak.

Peguam Syarie, Fahmi Ramli berkongsi kisah ‘tebus talak’ yang berlaku dalam contoh kes rumah tangga ini. Penting untuk isteri hadamkan info tebus talak dan berapa jumlah yang sepatutnya isteri beri.tebus talak

Merdekakan Isteri Dengan Baik Kalau Dah Tiada Jodoh

Banyak situasi yang berlaku dalam kes rumahtangga di Mahkamah Syariah adalah suami enggan lepaskan isteri dengan cara baik katanya masih sayang.

Tapi, diakhir pembelaan, mesti akan ada tuntutan supaya isteri bayar RM50k (contoh) untuk tebus talak iaitu Kau bayar RM50k, kemudian aku lepaskan kau. Alasan yang selalu diberi, gantirugi sebab kenduri dulu mahal lah, isteri nusyuz lah, sebab isteri yang lari tinggalkan lah & macam-macam lagi.

Pernah dengarkan? ke pernah jadi kat awak? Perkongsian kali ini saya nak ulas pada semua tentang Khulu’ atau tebus talak? dan berapa kadar yang sesuai.

Apa itu tebus talak?

Perpisahan antara suami dan isteri dengan sebuah ganti (tebus talak) dengan menggunakan lafaz talak atau khulu’.

Ada ke masa zaman nabi terjadi tebus talak?

Ya, ada. Satu hadis yang menceritakan tentang isteri kepada sahabat Nabi saw, iaitu Thabit Bin Qais datang mengadu pada nabi. Katanya, Thabit bin Qais ni orangnya baik. Memang cantik akhlaknya dan agamanya. Tapi, si isteri ni dia takut kufur pada Islam iaitu ingkar hak suami sebab hati dia tidak suka pada Thabit bin Qais ni. Sesetengah riwayat berkata sebab Thabit ni rupanya tidaklah lawa.

Jadi sebab si isteri ni dah tak boleh nak terima hatinya pada Thabit, maka, Rasulullah SAW bertanya kepada isteri tersebut, mahukah isteri tersebut pulangkan kebun Thabit yang menjadi mahar kepada isteri itu. Isteri tersebut pun setuju dan Nabi menasihatkan Thabit untuk ambil kebun itu balik dan lepaskan wanita itu dengan talak satu. 
(Riwayat Al-Bukhari)

Kalau sekarang ni cerai tebus talak, dia akan jadi talak berapa?

Ijma ulama sepakat bahawa perceraian secara tebus talak adalah dikira sebagai Talak Bain Sughra. Tak boleh rujuk semula dalam eddah tapi boleh nikah semula dengan akad dan mahar yang baru. Jadi, tak ada jumlah talak satu ke dua ke atau tiga.

Apa keadaan yang patut untuk seorang isteri tu bayar tebus talak?

Ini secara peribadi berdasarkan pengalaman saya. Jika isteri tersebut memang dah tak ada hati dengan suaminya tapi tidak ada alasan yang munasabah dan kuat untuk dapatkan perceraian secara fasakh khususnya, nafkah semua suami tu jaga baik, maka, memang sewajarnya si isteri membuat keputusan untuk berpisah secara tebus talak.

Berapa jumlah yang patut isteri bagi untuk tebus talak?

Di dalam kitab al-muktamad Mazhab Syafie, tak diceritakan secara khas berapa bayaran. Cuma, dinyatakan, isteri boleh bagi mahar (mas kahwin) perkahwinan sama ada jumlahnya banyak atau sedikit. Boleh juga tak bagi duit, tapi apa-apa barang atau harta yang dimiliki isteri tersebut mempunyai nilai tertentu manfaatnya.

Kalau isteri tak setuju untuk bayar tebus talak?

Kalau tak setuju bayar tebus talak, tak perlu la untuk tebus talak. Cuba perceraian cara lain.

Kalau isteri setuju tebus talak, tapi suami tak setuju dengan jumlah yang diletakkan?

Di dalam hukum syarak dan undang-undang Konsisten menyatakan perceraian secara tebus talak ni mesti atas kerelaan antara suami dan isteri. Jika ada pertikaian tentang jumlah tu, Seksyen 49(3) Enakmen Keluarga Islam Kedah menyebut, Mahkamah boleh taksirkan jumlah ikut Hukum Syarak dengan beri pertimbangan pada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak. Jadi, kena bicara untuk tentukan jumlah sahaja.

Kalau Mahkamah dah taksir, isteri atau suami tak setuju dengan jumlah tu?

Kalau salah satu pihak tak setuju dengan taksiran jumlah yang Mahkamah tentukan, Mahkamah tak boleh paksa untuk isteri bayar tebus talak tu dan tak boleh juga paksa suami untuk terima. Senang cerita, macam jual beli. Tak ada sapa boleh paksa seseorang untuk jual atau beli sesuatu kalau tak nak. Mesti kena ada kerelaan dua-dua pihak. Kalau tak berjaya, Mahkamah akan lantik Jawatankuasa Pendamai dan ikut proses seksyen 47 enakmen keluarga islam.

Boleh Pulangkan Dara Isteri Kau Kalau Tebus Talak RM50,000

Daripada huraian di atas, perasan tak, tak ada pun kata tebus talak ni sebab ganti rugi?

Cuma pulangkan atau bagi nilai yang wajar sebagai ganti sahaja untuk cerai. Dimana kerugian yang berlaku?

Pernah seorang hakim sound kepada lelaki ini, (bukan kes saya). Isteri mintak fasakh, suami tak mau lepas saja-saja. Dia nak tebus talak RM50,000.00. Hakim tanya, mas kahwin dulu berapa, dijawab RM100.00. Hantaran berapa? RM5000.00. Berapa kali bersetubuh lepas kahwin? Lebih daripada 10 kali. Berapa orang anak? 3 orang. Jadi, apa yang kau RUGI sampai RM50k? Boleh kau pulangkan dara dia?

Sometimes, saya tak nafikan, memang ada suami yang jenis macam ni. Nak seksa hidup isterinya. Betul, ada yang masih sayang, tapi, bukan caranya nak dapat kasih sayang semula tu dengan tuntut nilai yang tinggi. Buat tambah benci ada la. Bahkan lebih keruh keadaan. Akibatnya, dua-dua terpenjara jiwa dalam konflik rumahtangga, walaupun badan dah merdeka.

Salam Kemerdekaan

Sumber/Foto : Fahmi Ramli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here