Home All Keluarga Apabila Suami Keluar Lepak Pada Waktu Malam, Ini Sebab Isteri Akan Muncung...

Apabila Suami Keluar Lepak Pada Waktu Malam, Ini Sebab Isteri Akan Muncung Mulut.

2422
0
keluar lepak

Apabila Suami Keluar Lepak Pada Waktu Malam, Ini Sebab Isteri Akan Muncung Mulut. | Langsung tiada niat di hati untuk mencari kesalahan seorang lelaki yang bergelar suami, tetapi suami seharusnya faham dan tahu mengapa seorang isteri itu kurang suka sekiranya suaminya itu keluar pada waktu malam dengan melepak bersama rakan-rakannya sehingga ke lewat pagi.

Sesetengah wanita tidak mampu untuk meluahkan rasa hatinya apabila mempunyai suami yang jenis tidak boleh tegur. Tapi sekiranya lelaki itu tahu bahawa beberapa sebab inilah yang membuatkan seorang isteri itu cukup-cukup berkira jika suaminya meminta darinya untuk keluar lepak pada waktu malam.

Sebab Utama Isteri Berkira Bila Suami Keluar Lepak Malam

1. Letih Melayan Karenah Anak-anak

Jangan nak kata tugas isteri memang kena jaga anak sebab kalau dah sama-sama cari rezeki, suami patut tolong uruskan anak-anak. Tambah kalau ramai, ada yang minta susu dan ada yang menangis nak tidur. Boleh stres dalam masa 5 minit!

keluar lepak

2. Keadaan Rumah Masih Bersepah

Tak sempat nak buat kalau anak mula meragam. Balik-balik suami hanya tahu mengarah dan kritik bab rumah bersepah. Tolonglah faham, kadang perempuan tak cukup tangan nak buat semua benda. Nak kemas, waktu malam sebelum tidur lelaki kena sama-sama buat. Esok bangun pagi waktu nak pergi kerja, tidaklah sakit mata nak tinggalkan rumah.

3. Secara Tiba-Tiba Anak Sakit

Dugaan anak sakit ni bukan boleh duga, kalau kena anak sakit waktu suami pergi keluar lepak dengan kawan-kawan, tak ke rasa bersalah? Jangan nak salahkan isteri kalau jadi macam-macam.

4. Tiada Teman Untuk Berbual

Biasanya waktu malam adalah peluang isteri nak mengadu dan berkongsi cerita tetapi kalau suami sibuk nak keluar lepak, masa bila dia boleh meluah? Ya, inilah yang boleh buat kaum wanita kecil hati. Rasa sunyi pun makin menebal kalau anak-anak dah tidur.

5. Sunyi Sepi

Perasaan ini akan mula terjah bila pusing kanan kiri tiada orang di sisi. Ada televisyen pun tak ada guna kalau tengok sendirian. Sekali pun duduk dengan mak ayah, wanita tetap tak suka suami keluar malam. Kalau mak ayah mula tanya ke mana suami, lagilah hati rasa panas. Rasa ditinggalkan dan tidak adil bila suami sedap keluar lepak di luar.

6. Bahaya Menanti

Soal ini kita minta jauhkan daripada berlaku tapi kena fikir juga sebelum terlambat. Dengan keadaan jenayah yang makin berleluasa, lelaki patut ada di sisi wanita.

Sepatutnya selepas sudah berkahwin, seorang suami itu wajib mengambil tahu tentang perasaan isterinya. Wajib ambil peduli perasaan isteri yang tidak sukakan suaminya itu keluar malam hampir setiap malam. Semoga lelaki dan suami itu boleh menghargai seorang isteri sebelum rasa kurang enak itu meledak meletup dan turut mengeruhkan lagi hubungan suami isteri yang sedia ada.

Semoga bermanfaat untuk semua.


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Apabila Suami Keluar Lepak Pada Waktu Malam, Ini Sebab Isteri Akan Muncung Mulut. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here