Home All Isu Semasa Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya…

Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya…

11717
0
Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya…

Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya… | Memang sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri untuk sentiasa berkongsi suka dan duka bersama-sama.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nurul Syakilla yang menceritakan pengalaman hidup pasangan warga emas ini yang sanggup sehidup semati dan menghabiskan masa tua mereka bersama-sama.

Kasih sayang Pak Ngah dan Mak Ngah, pasangan suami isteri uzur

Kisah pasangan ini tular di media sosial semalam. Melihat gambarnya pun sudah cukup merentap perasaan kita, inikan pula berhadapan dengan mereka.

Di sebalik kedaifan mereka, tersisip indah kehebatan kasih sayang pasangan ini. Pasangan ini ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

BACA: Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah.

Yang perempuan ada masalah mental dan tinggal bersama di tingkat atas rumah papan itu. Akibat sakit mentalnya, dia sering mengamuk dan merosakkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Anak lelaki pasangan suami isteri uzur ini pula, seorang duda yang kematian isteri. Tidak tinggal berdekatan tetapi dia ada menziarahi orang tuanya. Makan dan minum pasangan ini diuruskan oleh waris terdekat yang tinggal berhampiran.

“Selama ini anak lelakinya dikatakan memang sering ke sini bagi memujuk ibu dan ayahnya untuk berpindah, tapi ayahnya berkeras tak mahu,” katanya.

Dalam pada itu, anak saudara pasangan itu yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka, Nor Asiah Ahmad, 36, berkata keluarga itu tinggal di atas pelantar sejak 2017 selepas bapa saudaranya yang dipanggil Pak Ngah jatuh dari basikal ketika keluar menjual petai.

“Sebelum itu mereka tinggal di atas rumah macam biasa, tapi lepas Pak Ngah jatuh basikal, dia kata tak larat dah nak naik atas rumah dan lepas itu mereka sekeluarga terus menjalani kehidupan harian di pelenggar (pelantar) itu saja.

“Mereka tidak ada masalah kewangan, sebab itu selama ini pelbagai pihak yang tampil nak bantu tapi mereka tolak sebab mereka masih mempunyai wang simpanan,” katanya.

Katanya, berikutan itu, dia hanya mampu menghantar makanan dan membeli barangan keperluan buat keluarga berkenaan.

Suami Isteri Uzur Ini tidak boleh dipisahkan

suami isteri uzur

Adam Bin Harun berusia 94 tahun atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Seorang yang sangat tegas dengan keputusan dan prinsipnya.

Bukan mudah hendak berunding dengan beliau kerana walaupun dalam keadaan lanjut usia, beliau akan memprotes sebarang keputusan yang tidak dipersetujuinya.

Bahkan beliau tidak mengizinkan para petugas kesihatan menyentuh beliau pun.

Pasangan ini akhirnya telah berjaya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dicempung keluar oleh seorang sukarelawan yang berjaya memenangi hatinya.

Mereka ditahan di wad buat sementara waktu untuk mendapatkan rawatan. Pasangan ini tidak boleh dipisahkan. Menghantar mereka ke pusat jagaan JKM bererti kita menzalimi mereka kerana tindakan itu akan memisahkan mereka.

Suami Isteri Uzur Saling memerlukan

Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya… 1

Pusat jagaan JKM, lelaki dan perempuan wajib diasingkan. Sedangkan mereka yang masih tajam ingatannya ini sangat akrab. Saling memerlukan antara satu sama lain. Lainlah sekiranya keduanya telah hilang ingatan.

Di hospital pun, katil mereka dikembar rapat. Mereka kelihatan sering berbual dalam keadaan berbisik. Hanya kata-kata Mak Ngah iaitu Siti Halijah Mad Nor berusia 82 tahun sahaja yang dapat meredakan perasaan marah Pak Ngah.

Setelah keluar wad kelak, mereka akan dipindahkan ke rumah sewa sementara proses membaik pulih rumah dijalankan. Anak lelaki akan mengambil tanggungjawab menjaga mereka kelak.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Sama-samalah kita jadikan kisah suami isteri uzur di usia senja ini sebagai satu pengajaran.

Sumber: Nurul Syakilla

Baca Selanjutnya

Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang, Bila Ditanya Rupa-Rupanya… 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here