Usia kandungan hampir mencecah enam bulan, pelakon Abby Abadi dimasukkan ke sebuah hospital sejak Ahad lalu selepas mengalami darah tinggi.
Terbaru, suaminya Faizal Zakaria berkongsi beberapa keping gambar yang kelihatan pelakon drama Gerak Khas itu sedang menunaikan solat walaupun dalam keadaan tidak sihat.
Menurut Faizal, bukan niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang ramai sebaliknya mendedahkan sikap isterinya yang sering mengutamakan solat dalam apa juga situasi.
“Bukan nak riak atau menunjuk2… Tetapi inilah pendirian yang beliau lakukan pada diriku ini.
“Walau sibuk mana sekali pun mesti solat, cari masjid. Hari Jumaat tetap kena solat Jumaat, usahakan cari masjid walaupun dalam perjalanan.
“Sayang, syurga milikmu… Setiap saat saya sentiasa doakan agar diampunkan dosa2 sayang.. Diangkat darjat sayang bersama mereka2 yang beriman.
“Sayang tidak pernah ada dosa pun dengan saya walaupun sebesar zarah. Rehat ya sayang. Jangan fikir yang bukan2,” tulisnya.
Posting tersebut meraih perhatian pengikutnya di Instagram yang rata-rata mendoakan agar pelakon berusia 41 tahun itu segera sembuh dan kandungan dalam keadaan sihat.
Semoga akak Abby Abadi cepat sihat
Dipermudahkan segalanya & kesihatan yang baik
Sebak pulak! Kena banyak rehat kak Abby Abadi
Jaga kandungan elok2
Sumber : Faizal Zakaria
