Home Pengetahuan Strategi Untuk Bangun Solat Subuh Awal. InsyaAllah Berkesan Dan Baru Tidak Liat...

Strategi Untuk Bangun Solat Subuh Awal. InsyaAllah Berkesan Dan Baru Tidak Liat Nak Bangun!

5653
1
solat subuh

Kalau tidur selepas jam 12 malam, mesti liat nak bangun solat Subuh nanti. Manusia normal perlukan waktu tidur secukupnya iaitu 8 jam. Namun, ia boleh berubah mengikut faktor umur. Bayi, kanak-kanak, remaja dan juga orang yang sudah meningkat umur mempunyai waktu tidur berlainan.

Menurut sumber, kajian yang dilakukan oleh saintis mengatakan bahawa setiap malam ketika anda sedang tidur, otak dan tubuh badan akan melalui kitaran tidur. Ianya terbahagi kepada beberapa peringkat seperti di bawah:

solat subuhKitaran tidur

Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.

Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.

Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur mati. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.

Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku.

Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran an sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.

Namun, bagaimana pula jika anda merupakan seorang yang ‘liat’ untuk bangun awal pada waktu Subuh? Lebih-lebih lagi jika anda tidur selepas jam 11 malam.

Seorang lelaki di laman Twitter iaitu Nasrul telah berkongsi:

7 cara untuk membantu anda bangun Solat Subuh lebih awal.

Perkongsian yang sangat membantu ini telah meraih lebih 14k retweets ketika artikel ini ditulis. Terbukti, ramai juga yang masih berhadapan dengan masalah sukar bangun awal pada waktu solat Subuh ini.

Baca tips penuh di bawah :

1. Mula tidur awal, pilih waktu paling sesuai untuk berehat iaitu pada jam 10 malam

solat subuh

2. Jauhi telefon bimbit selepas pukul 10 malam. Kenapa? Ini sebabnya…

solat subuh

3. Waktu Maghrib & Isyak, pastikan anda sudah berada di rumah untuk pastikan anda tidak lewat untuk solat

solat subuh

4. Banyakkan berzikir dan berselawat sebelum tidur untuk melapangkan hati dan dada. Jangan asyik baca gossip je.

solat subuh

5. Satu lagi, selepas baca semua zikir dan selawat, jangan lupa baca doa juga ya

solat subuh

6. Jangan lupa minta pada Allah untuk bangun pada waktu solat Subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan lagi

solat subuh

7. Akhir sekali, pupuk semangat yang tinggi untuk bangun solat subuh dan beribadah kepadaNya

solat subuh

Tak susah pun bukan? Tips yang simple dan boleh dikongsikan bersama semoga makin ramai rakan-rakan kita yang mudah nak bangun solat subuh. 🙂 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Strategi Untuk Bangun Solat Subuh Awal. InsyaAllah Berkesan Dan Baru Tidak Liat Nak Bangun! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here