Home All Isu Semasa Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis

Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis

12966
3
Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis

Pengendali stesen minyak minta tutup operasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Menurut sumber The Malaysian Insight, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera memberitahu ada pengendali stesen minyak yang meminta kerajaan untuk membenarkan mereka menutup perniagaan disebabkan kos operasi yang tinggi dan pendapatan yang rendah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Permohonan berkenaan dibuat susulan daripada perkara ini yang boleh mendorong mereka menjadi muflis sekiranya sebilangan daripada mereka tidak diberi pilihan untuk menangguhkan operasi.

Stesen Minyak Boleh Muflis Kerana Penurunan Harga Minyak

Ini termasuklah disebabkan penurunan harga minyak dunia yang terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Penurunan sebanyak 70% ini telah menyebabkan pengusaha tidak dapat membeli bahan api dan bergantung kepada sempanan yang ada. Berdepan dengan penyusutan modal pusingan, dalam satu minggu, pengusaha boleh mengalami kerugian sebanyak RM40,000.

Awal Mac lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita penurunan harga minyak secara mendadak iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 untuk RON97 dan RM2.08 seliter kepada RM1.96 seliter bagi RON95.

Kali terakhir harga minyak petrol RON95 berada di bawah RM2 adalah pada Februari 2019 dengan kadar RM1.98. Yang terbaharu bagi tempoh 18 April hingga 24 April, harga minyak petrol RON95 dan RON97 adalah sama seperti minggu sebelumnya iaitu RM1.25 dan RM1.55, manakala Diesel pula turun 3 sen membawa kepada nilai RM1.43.

BACA: Jangan Suka Sangat Harga Minyak Turun! Faktanya Ribuan Orang Akan Kehilangan Pekerjaan.

Terdahulu, laporan daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) Research, penurunan purata harga penanda aras minyak mentah brent pada USD35 setong mungkin akan menyaksikan harga runcit minyak terutamanya RON95 jatuh sehingga mencecah RM1.32 seliter.

stesen minyak

Jika dilihat daripada sudut positif, kebanyakan rakyat Malaysia mungkin akan bergembira dengan perkhabaran ini, namun kesannya lebih banyak negatif kepada ekonomi negara memandangkan Malaysia merupakan negara pengeksport minyak.

Bagi membantu pendapatan negara, syarikat minyak Petronas telah menyumbangkan sebanyak RM20 juta dalam menangani beban ekonomi Malaysia yang sedang berperang dengan wabak COVID-19.

BACA: Sebagai Rakyat Malaysia, Bantu Dan Isilah Minyak Di PETRONAS

Setakat hari ini, sudah 2.24 juta penduduk dunia telah dijangkiti wabak pandemik COVID-19, yang mana membawa kepada angka kematian seramai 154,126 di 210 buah negara dan dua kapal persiaran antarabangsa.

Di Malaysia, kini kes sudah tercatat sebanyak 5,251 dengan kadar kematian seramai 86 orang dan 2,967 kes kesembuhan.

Baca Selanjutnya

Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here