Home All Isu Semasa Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela

Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela

1137
0
Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela

Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela | Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 sebagai satu usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Dana daripada tabung berkenaan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 ini.

Staff PETRONAS hari ini dilaporkan bersatu menderma RM6.4 juta menerusi inisiatif sumbangan gaji sukarela untuk disalurkan kepada Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

petronas

Sumbangan Dari Staff Petronas Sasar Dana Untuk Frontliners

Sumbangan itu disasarkan menambah dana khusus buat sumbangan barangan perlu dan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk frontliners serta sukarelawan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kejayaan mengatasi pandemik memerlukan usaha semua pihak, termasuk yang tidak berada di barisan hadapan melalui galakan, sifat belas dan kemurahan hati.

BACA: Orang Ramai Digalakkan Isi Minyak Petronas, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya!

“Adalah menjadi harapan saya bahawa tindakan serba sederhana kami ini akan membantu golongan kurang bernasib baik semasa mereka memerlukan, selain menyediakan sokongan kepada petugas barisan hadapan memerangi COVID-19.” Tan Sri Wan Zulkiflee

Sumbangan gaji kakitangan menjadikan keseluruhan usaha syarikat ini memerangi COVID-19 berjumlah RM37.8 juta.

Sumber: Berita Harian.

Baca Selanjutnya

Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here