“Solat lah Kalian Di Rumah” – Masjid Kuwait Diarah Tutup, Bilal Tahan Sebak Laung Azan | Jika sebelum ini, Imam di Mekah menangis mengenangkan situasi yang kini berlaku di Tanah Suci, yang sepi tanpa jemaah kerana pihak kerajaan Arab Saudi menyekat kemasukan bagi mengelak penularan COVID-19.
Di Kuwait pula, bagi membendung penularan virus, kerajaan mengambil tindakan dengan menutup masjid di negara itu, buat sementara waktu sehingga gejala mula reda.
Incredible videos coming out of Kuwait show Muezzin’s have changed the Adhan (call to prayer) to “pray in your homes.” #Coronavirus #COVID19 pic.twitter.com/EP5Bf4Q1vF
— Faisal | فيصل عيدروس (@faisaledroos) March 13, 2020
“Solat lah Kalian Di Rumah”
Menerusi video yang dikongsi Media antarabangsa Middle East Eye , alunan azan kedengaran sayu apabila bilal yang bertanggungjawab mengalunkan azan telah menukar perkataan “solat lah kamu di rumah”, dengan asal iaitu “mari kita solat”.
Tergetar2 suara bilal sebak laung azan
Jika didengar dengan teliti, tergetar-getar suara bilal tersebut mengalunkan azan, mungkin sebak mengenangkan kini umat Islam sukar untuk mengimarahkan rumah Allah di musim gejala virus ini.
Nikmat sembahyang berjemaah di masjid yang dahulunya dapat kita jalankan, kini nikmat tersebut ditarik. Mungkin ini hikmah supaya kita lebih menghargai nikmat yang diberikan Tuhan.
Sumber : Astro Awani, Faisal & Middel East Eye

[…] “Solat lah Kalian Di Rumah” – Masjid Kuwait Diarah Tutup, Bilal Tahan Sebak Laung Azan […]
[…] Solat berjemaah di masjid sangat diberatkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mesti dibaca selari dengan banyak lagi ayat Al-Quran, hadith Nabi SAW dan pelbagai kaedah fiqh yang menolak kemudharatan dari disebarkan walaupun melalui jalan ibadah. […]