Home All Isu Semasa Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Di Masjid Dan Surau Terpilih

Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Di Masjid Dan Surau Terpilih

1432
0
Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Di Masjid Dan Surau Terpilih

Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Di Masjid Dan Surau Terpilih | Menerusi sidang media khas sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk mengadakan solat berjemaah di masjid bermula Jumaat (esok).

Tetapi beberapa syarat akan dikenakan antaranya ialah jumlah jemaah tidak kurang 3 orang tidak termasuk imam dan tidak lebih 30 orang.

Selain itu, SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipenuhi sepenuhnya oleh semua jawatankuasa dan jemaah masjid serta surau, garis panduan penuh akan dikeluarkan Jawi.

BACA: Inilah 10 Perkara Mudah Untuk Gandakan Pahala Anda Di Bulan Ramadhan

Antara syarat solat berjemaah yang perlu diikuti adalah:

  • Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid.
  • Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka.
  • Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah.
  • Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat sama ada di dalam atau di luar masjid.

solat berjemaah

Para jemaah juga perlu bersiap sedia mengambik wuduk daripada rumah dan membawa sejadah sendiri bagi mengelakkan sebarang perkongsian sejadah di masjid. Sementara itu, pelaksanaan solat Jumaat di Selangor dibenarkan dilaksana di masjid terpilih secara berperingkat mulai esok.

Ia hanya dibenarkan dilakukan oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, dan tidak melebihi 12 orang.

Pihak masjid, surau Jumaat dan surau terpilih juga perlu memastikan terdapat kawalan pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri mengawal keadaan.

Turut dimaklumkan, hanya jemaah lelaki dibenarkan bersolat jemaah di masjid dan surau-surau terpilih ketika ini.

BACA: Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis

Solat Berjemaah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Di Masjid Dan Surau Terpilih 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here