Tidak Pernah Tinggal Untuk Solat Berjemaah Bersama, Ikatan Sukar Digugat

0
565
solat berjemaah

Harmoninya sebuah rumah tangga jika pasangan mempunyai rasa kasih sayang dan persefahaman yang baik malah selalu solat berjemaah bersama. Ikatan yang dibina dari sebuah akad bukan perkara mudah untuk dijaga, tapi ia boleh didik dengan secara satu persatu.

Cara didikan hati yang paling baik sekali ialah dengan sang suami dan isteri ikhtiar untuk menjadikan solat jemaah sebagai rutin harian. Kalau tidak sempat untuk berjemaah lima solat waktu sekalipun, cuba ambil pada solat Maghrib atau Isyak. Mungkin secara zahirnya anda tidak nampak manfaat yang diterima, tapi percayalah ia tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan.

Suami isteri yang solat berjemaah secara perlahan-lahan akan menikmat suasana rumah tangga yang harmoni dan…solat berjemaah

Kemesraan
Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Secara tidak langsung anda dan suami saling bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain. Hati juga sentiasa sejuk dan jauh dari segala anasir bisikan syaitan.

Jalan ke syurga buat suami dan isteri
Bila anda berjemaah, sekaligus anda bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakin kepada Allah memberi pahala buat anda berdua. Dari hadis Rasulullah SAW mengatakan bahawa sembahyang berjemaah akan mendapat 27 darjat dari sembahyang bersendirian.

Saling menghormati
Kekalkan rasa saling hormat-menghormati yakni si isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Ini sebab si suami menjadi imam (ketua) ketika dalam solat dan berdoa juga diaminkan oleh si isteri. Bersama dalam menuntut keberkatan membuat ibadah, barulah menjadi.

Bila lama tak solat berjemaah bersama timbul rasa rindu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here