Home All Isu Semasa WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Tak Sampai Sejam Ini Respons...

WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Tak Sampai Sejam Ini Respons Ustaz!

9931
0
WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Tak Sampai Sejam Ini Respons Ustaz!

WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Mari Shopping Di Butik Milik Ustaz | Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama pembekal kain popular yang didakwa menyentuh isu bangsa Melayu sehingga menimbulkan rasa berang dalam kalangan netizen.

Justeru, terdapat segelintir individu yang berhasrat bagi memboikot jenama tersebut dan memilih butik lain sempena menjelang bulan Syawal tidak lama lagi.

Seorang pengguna laman Facebook, Hazwan Iskandar menyeru orang ramai untuk memberi sokongan dengan membeli pakaian di butik pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew iaitu Elew’s Design di Bangi, Selangor.

BACA: ‘Jangan Ada Sifat Cemburu, Dendam Dengan Musuh’ – Ustaz Ebit Lew

“Kepada semua umat Islam di Malaysia…”

Ebit Lew

“Apa kata mulai sekarang korang beli kat kedai ustaz Ebit Lew yang telah banyak membantu orang susah di negara ini.

“Mari kita beli baju kat kedai ustaz, saya mesti beli dua pasang baju raya nanti,” tulisnya menerusi group ‘Sayap Kanan Fan Club’.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.

Sokong!

Ebit Lew

Moga ustaz dimurahkan rezeki

Ebit Lew

Setuju! Jasa baik beliau pada masyarakat

Ebit Lew

Bagaimanapun menerusi laman Instagram butik tersebut, sesi pembelian hanya dilakukan secara ‘online’ dan butik telah ditutup buat sementara waktu.

Ustaz Ebit Lew Perlu 100 Tukang Jahit

Dengan sokongan padu dari netizan, Ebit Lew memuat naik satu status mencari 100 tukang jahit kerana jualan baju di kilang naik mendadak. Berikut posting Ebit Lew

“Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Ramai sangat order. Habis baju elews design-ebitlew”

WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Tak Sampai Sejam Ini Respons Ustaz! 1

Posting ringkas Ustaz Ebit itu telah mencapai 13 ribu perkongsian selepas 1 jam dimuat naik.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan Ustaz dalam perniagaan dan urusan dakwah beliau supaya lebih ramai orang yang memerlukan di Malaysia dapat dibantu oleh beliau.

Sumber: Facebook , Elews Design Bangi

Baca Selanjutnya

WargaNet Seru Bagi Sokongan Bisnes Ebit Lew, Tak Sampai Sejam Ini Respons Ustaz! 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here