Home All Lelaki Ini Beri Nasihat Selepas Simpati Lihat GrabFood Rider Berhenti Jamah Nasi...

Lelaki Ini Beri Nasihat Selepas Simpati Lihat GrabFood Rider Berhenti Jamah Nasi Tepi Jalan

6363
2
grabfood

Lelaki Ini Beri Nasihat Selepas Simpati Lihat GrabFood Rider Berhenti Jamah Nasi Tepi Jalan | Tak semua orang dilahirkan hidup senang di dunia ini. Bagi kebanyakan rakyat marhaen, kos sara hidup yang kian meningkat memaksa mereka untuk melakukan beberapa jenis pekerjaan bagi menyara kehidupan. Apatah lagi mereka yang sudah mempunyai keluarga dan anak-anak untuk disara.

Terkini, tular sebuah perkongsian tentang seorang penunggang GrabFood yang menjamah nasi lemak bungkus di tepi jalan yang gelap. Kejadian tersebut disedari oleh seorang lelaki yang menggunakan nama pengguna Facebook Hai Kobeyphoto apabila beliau singgah ke sebuah stesen minyak di Jalan KuchingSamarahan Expressway kira-kira jam 8.22 malam pada 13 Februari yang lalu.

Ingatkan Tunggu Order, Rupa-Rupanya…

Lelaki tersebut pada awalnya menyangka bahawa penunggang GrabFood tersebut sedang menunggu pesanan makanan. Namun demikian, setelah dia mendekati penunggang tersebut yang menunggu di kawasan gelap, rupa-rupanya penunggang GrabFood tersebut sedang berehat seketika untuk menjamah nasi lemak bungkus. Bersimpati dengan nasib penunggang GrabFood tersebut, lelaki ini menghulurkan sedikit bantuan berupa air minuman bagi melengkapkan jamuan rehatnya setelah menghantar makanan delivery kepada pelanggan.

Dalam postingan yang sama, lelaki ini turut memberikan nasihat padu tentang nilai ‘common sense’ yang perlu ada dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

1. Dalam Rezeki Kita, Terselit Rezeki Orang Lain

Dalam rezeki kita , ada rezeki org lain juga. Sentiasa nawaitu (niat) dalam hati untuk berkongsi rezeki dengan org lain. Masa ini mungkin dia yang susah, mana tahu giliran kita pula di lain hari,”

2. Hulur Sedikit Tips Kepada Para Runner/Penghantar Sebagai Bonus Servis

“Kepada mereka yang selalu membuat pesanan di mana-mana aplikasi GrabFood, Foodpanda mahu pun runner peribadi, hulurkan sedikit sumbangan atau pun tips kepada mereka jika ada rezeki lebih. Kadang kala kasihan melihat mereka bersungguh-sungguh membawa makanan atau menyempurnakan urusan anda hingga selamat.

Saya yakin mereka akan benar-benar bersyukur atas pemberian anda. Mereka melakukan kerja yang halal untuk menyara isteri dan anak-anak. Tambah lagi jika anak-anak mereka menunggu kepulangan bapa mereka pulang membawa rezeki lebih.

Samalah seperti kita sewaktu kecil dahulu, pasti pernah merasa tidak sabar menunggu bapa kita pulang dari kerja membawa makanan/mainan untuk kita. Tetapi kita tidak pernah tahu betapa penat dan lelahnya mereka mencari rezeki yang halal seperti itu,

3. Sentiasa Bersyukur Sekiranya Anda Tinggal Dekat/Serumah Dengan Ibubapa Anda

“Bagi anda yang tinggal dekat atau serumah dengan ibu bapa anda, anda harus bersyukur kerana masih ada mereka di samping anda. Bagi anda yang sudah tidak mempunyai ibu, bapa mahupun kedua-duanya, hadiahkan lah mereka Al-Fatihah bagi yang Muslim. Bagi anda yang mempunyai ibu bapa yang jauh di mata, hanya perkhabaran melalui telefon bimbit sahaja mampu didengari. Kadang kala ibu bapa anda sentiasa memberitahu bahawa mereka sihat walafiat tetapi hakikatnya, mereka tidak mahu anda bingung dengan mereka,”

4. Anak Muda Usah Terlalu Memilih Pekerjaan

“Buat anak-anak muda zaman sekarang, usah lah anda terlalu memilih pekerjaan. Lakukan apa-apa sahaja pekerjaan yang patut asalkan halal. Dalam masa yang sama, cari juga kerja yang lain. Usah mengharapkan orang, usaha itu yang paling penting. Nawaitu di hati anda, anda bekerja untuk diri sendiri, untuk orang yang anda sayang, untuk orang tua anda.

Tambah-tambah pula bagi yang ingin mendirikan masjid (perkahwinan), niat untuk menghalalkan hubungan anda dengan pasangan. InsyaAllah Allah SWT akan menolong hambaNya yang memohon pertolongan daripadaNya. Percayalah. (Perkara ini terjadi pada diri saya sendiri.

Daripada seorang yang tidak dapat diterima kerja atas masalah kesihatan, akhirnya berserah kepadaNya. Alhamdulillah, dapat juga kerja yang membolehkan saya membina keluarga) Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang lagi yang Maha Mengasihani,”

Lelaki Ini Beri Nasihat Selepas Simpati Lihat GrabFood Rider Berhenti Jamah Nasi Tepi Jalan 1

Pada akhir postingan tersebut, lelaki tersebut turut mendoakan agar penunggang GrabFood tersebut dikurniakan rezeki yang luas dan anak-anak yang benar-benar berbakti kepada orang tua. Tambah nya lagi, anak-anak penunggang tersebut disifatkan sebagai beruntung kerana memiliki bapa yang rajin dan bekerja keras demi anak-anak.

Lelaki Ini Beri Nasihat Selepas Simpati Lihat GrabFood Rider Berhenti Jamah Nasi Tepi Jalan 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here