Home All Isu Semasa Macam-macam Sihir Boleh Buat Dengan Sekeping Gambar, Hati-hati Yang Suka Selfie!

Macam-macam Sihir Boleh Buat Dengan Sekeping Gambar, Hati-hati Yang Suka Selfie!

2374
3
sihir

Sihir ialah amalan yang tersembunyi, rahsia, yang sukar untuk dibincangkan secara telus, berterus-terang dan secara pasti. Banyak cara atau kaedah melakukan sihir, di antaranya ialah dengan menggunakan jampi, mantera, serapah, sajian-sajian yang terdiri daripada kuih-muih, tembakau, pengasapan, kemenyan dan lain-lain kaedah, bergantung kepada kaedah yang dipelajari oleh seseorang.

Sihir juga sering melibatkan bahan yang diambil daripada mangsa atau orang yang dipuja contohnya gambar, pakaian, air ludah, potong rokok dan sebagainya. Bahan-bahan ini dipuja menggunakan rangkaian kata yang terdiri daripada jampi mantera atau serapah seperti dijelaskan.

Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Namun tanpa disedari sebenarnya ada ‘insan’ yang mungkin berasa sakit hati, dengki, dendam dan sebagainya sehingga gambar-gambar yang kita muatkan di laman sosial dijadikan sebagai ‘modal’ untuk melakukan sihir.

sihir

SIHIR MENGGUNAKAN GAMBAR

Bermacam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.

Antaranya ialah :

  1. Sihir Maradh (Sihir Penyakit)
  2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya)
  3. Sihir Mahabbah (Sihir Cinta / Guna-Guna)
  4. Sihir Junoon (Sihir Gila)
  5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin)
  6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah)

Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak. Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and boom! Gambar selfie berlambak keluar. Bomoh pun pening nak guna yang mana satu.

Aku pernah tanya salah seorang perawat yang agak terkenal kat tempat aku. Katanya, dalam 10 orang pesakit yang dirawat, 8 daripadanya adalah perempuan. Kenapa perempuan? Sebab perempuan anak kunci nafsu lelaki.

HATI-HATI YANG SUKA SELFIE

Yang banyak selfie pun perempuan. Likes gambar selfie sampai 500 orang. Belanja bibir muncung, bulu mata melentik, pamer gigi rata sambil menari kiki do you lab me.Dalam 500 orang tu, tak mustahil akan ada sorang lelaki yang mental, curik gambar kau, tekan “save to phone”, cuci kat kedai and then bagi bomoh suruh jampi berasap.

Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaan yang dicurangi dan perasan tertolak/rejection. Sebab tu ada satu pepatah yang popular dikalangan bomoh di Indonesia yang berbunyi:

“Cinta ditolak, dukun bertindak”

Sumber kredit: FB: Zukiee Ismail

Macam-macam Sihir Boleh Buat Dengan Sekeping Gambar, Hati-hati Yang Suka Selfie! 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here