Home All Isu Semasa Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak...

Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh.

3236
1
Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh.

Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh. | Ramai sedia maklum kerajaan kini melaksanakan perintah kawalan berkurung (PKP) bagi membendung penularan wabak COVlD-I9 yang kini sudah meragut 50 nyawa.

Meskipun perintah yang diumumkan oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak lebih 2 minggu lalu, namun masih ramai yang ingkar arahan duduk di rumah.

Ia susulan, sehingga 30 March lebih 800 orang sudah ditahan tangkapan itu dilakukan polis ketika melakukan rondaan serta menerusi sekatan jalan raya.

Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh.

Sementara setakat 1 April, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara tersebut turut disahkan Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah kenyataan kepada media.

Justeru orang ramai dirayu supaya terus patuh PKP dan menjaga ahli keluarga supaya tidak menjadi penghuni penjara.

Terdahulu tular dakwaan peringatan daripada warden penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.

” Asssalamualaikum, sekadar peringatan bersama dari kami warden penjara..
Penjara kini mula menerima pesalah-pesalah PKP kategori juvana & dewasa. Setiap hari pasti ada kemasukan.

” Saya merayu saudara mara, sahabat handai agar menjaga anak masing-masing. sedih tengok bebudak remaja khususnya bangsa kita yang akhirnya menjadi tetamu dalam tembok ni.

” Kesalahan mereka kecik sahaja jika dibandingkan dgn kesalahan jenayah lain yang lebih berat. Tapi kesannya hingga ke akhir hayat. Sebenarnya mereka tak layak untuk duduk bersama penjenayah-penjenayah lain tapi apa boleh buat, kesalahan ini dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

” Utk makluman tuan-tuan,, apa yang anak-anak ini akan rugi:

#mereka terasing dgn keluarga sehingga tamat perintah pkp. Keluarga tak dibenarkan buat perjumpaan.
#rekod sebagai banduan akan kekal hingga ke akhir hayat, tak berpeluang untuk menjawat jawatan kerajaan. Tentera, polis, penjara jauh sekali.

” Sayangnya ada antara mereka amat berpotensi.

” Walau hukuman maksimum 6 bulan, bagaimana dengan persediaan bagi mereka yang ambil upsr,pt3,spm dll… pasti banyak yang tertinggal. Dalam masa pkp ni, pasti tak banyak program pemulihan banduan yang berlangsung seperti sebelum-sebelum ni. tambahan tugasan anggota penjara telah dihadkn.

” Rumusannya mereka sekadar ‘disimpan’ untuk dilepaskn. Mohon semua awasilah anak masing-masing. sayangilah masa depan mereka

*Jangan biarkan mereka ke dalam*

Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh. 1

Perkongsian tersebut bukan sekadar mendapat perhatian orang ramai malah Jabatan Penjara sendiri yang maklum dengan pesanan tular tersebut memandang perkara itu dari sudut positif.

” Kami juga maklum kenyataan ditularkan di WhatsApp dan beranggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada pihak luar terutamanya keluarga supaya sentiasa memantau pergerakan ketika PKP dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan tanda awal bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung penyebaran COVlD-I9 berkesan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang menjelaskan bahawa trajektori jumlah kes positif COVlD-I9 adalah lebih rendah daripada yang telah diunjurkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

” Ini merupakan petanda awal bahawa tindakan kita di bawah PKP sedang memberi kesan,” katanya.

Baca Selanjutnya

Sia-Sia Kena Penjara Sebab Langgar PKP. Bila Dah Ada Rekod Banduan, Nak Kerja Kerajaan Pun Tak Boleh. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here