Home All Isu Semasa Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat

Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat

1550
0
Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat

Sekiranya diimbas kembali tahun lalu, kisah selebriti serba boleh iaitu Alif Satar banyak disiarkan terutama mengenai kemunculannya menerusi siaran langsung ketika solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Terbaru, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar seolah-olah ‘kembali’ membuat kemunculan apabila sekali lagi dirakam lensa kamera yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menerusi laman Instagram, selebriti berusia 30 tahun itu memuat naik paparan skrin visual yang merakam dirinya sedang mendengar khutbah sambil menyandar pada sejadah lipat.

“Ni bukan ngantuk la, ni khusyuk! p/s baru tahu dekat @rtm_malaysia ada jugak penterjemah waktu khutbah untuk golongan bermasalah pendengaran,” katanya.

BACA JUGA : Hebatnya Amalan Ini Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

Posting tersebut dipenuhi gurauan serta usikan pengikut Alif dimana terhibur dengan wajahnya yang sering ‘dikehendaki’ oleh jurukamera RTM sehingga hampir setiap Jumaat muncul di kaca televisyen.

Mata tu ‘stim’ betul!

Alif Satar

Kamera sayang betul dengan Alif

Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat 1

Memang muka dia je masuk TV…

Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat 2

Muka Alif Satar Dah Wanted Kat RTM!

Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat 3

Tonton minit 25:52

Sumber : Alif Satar , JAKIM

Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat 4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here