Home All Isu Semasa Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja

9189
0
covid-19

Ekoran penularan Covid-19 yang sudah tercetus sejak hujung tahun lalu, ekonomi global sering berhadapan detik getir. Khususnya buat industri penerbangan, mereka terpaksa menerima hakikat pahit tentang kemerosotan pendapatan memandangkan banyak urusan flight tergendala.

Jika sebelum ini kebanyakan staf penerbangan akan mendengar suasana hiruk-pikuk orang ramai, kini semuanya bertukar sunyi. Kisah itu didedahkan sendiri oleh wanita bernama Wawa Sirhan menerusi Facebook.

Dulu berebut mikrofon untuk buat pengumuman

Apabila mengenangkan semula perubahan drastik tersebut, jiwanya menjadi sedih kerana suasana kerja di KLIA yang dulu cukup meriah dengan ribuan penumpang kini cuma tinggal kenangan.

Situasi berkenaan terjadi kerana banyak penerbangan sudah dibatalkan selain terpaksa ditangguh untuk masa yang lama. Hal ini semakin merisaukan kerana kerjaya mereka semua kini seolah-olah berada di hujung tanduk. Apalagi sewaktu memikirkan keluarga yang masih perlu ditanggung, Wawa mengakui begitu terkesan.

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 1

Covid-19 Membuatkan Airport Sunyi Lenggang

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 2

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 3

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 4

Terpaksa tunjuk senyuman untuk anak masing-masing

Bukan sahaja dirinya, malahan pekerja bawahan seperti tukang cuci juga bimbang memikirkan nasib mereka. Lebih menyedihkan lagi, ada yang ditamatkan kontrak dan bakal dihantar pulang ke negara asal memandangkan syarikat mereka berdepan krisis ekonomi meruncing.

Walaupun berduka dengan situasi tersebut disebabkan Covid-19, Wawa berdoa dan berharap agar dirinya serta pekerja lain kuat mengharungi segalanya. Tidak kira apa juga yang bakal terjadi, kehidupan masing-masing harus diteruskan.

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 5

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 6

Sumber : Facebook Wawa Sirhan

Semua Flight Batal Sebab Covid-19, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja 7

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here