Home All Isu Semasa Selepas Beli Baju Bundle, Gadis Ini Diganggu Setiap Malam Oleh “Pemilik Asal”

Selepas Beli Baju Bundle, Gadis Ini Diganggu Setiap Malam Oleh “Pemilik Asal”

2902
0
Selepas Beli Baju Bundle, Gadis Ini Diganggu Setiap Malam Oleh

Trend pemakaian pakaian baju bundle bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita malah terdapat banyak  kedai-kedai menjual pakaian terpakai yang kebiasannya diimport dari luar negara ini.

Namun jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah menarik mengenai peminat-peminat bundle, kali ini lain pula buat wanita ini yang mempunyai pengalaman berbeza daripada apa yang selalu kita dengar sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat di Twitter sejak semalam, @Billiesya berkongsi kisah seram bagaiamana rakannya melalui pengalaman seram selepas membeli sehelai baju bundle dari salah sebuah kedai pakaian terpakai di Pahang.

Baju Bundle

BACA: Tiada Dalil Sahih Isteri Perlu Asingkan Baju Suami Dengan Anak Ketika Dibasuh

Episod rakannya diganggu ketika tidur itu menurutnya berlanjutan sehingga seminggu sebelum mereka akhirnya memutuskan untuk berjumpa dengan seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.

Selepas bertemu dengan ustaz tersebut, mereka kemudiannya ditanya sama ada pernah membeli barang-barang dari rakannya atau dari ‘kedai-kedai yang pelik’ sekaligus mengingatkan kembali mereka pernah membeli pakaian bundle sebelum ini.

Selepas mendapatkan nasihat ustaz tersebut, dia dan rakannya kemudian memutuskan untuk kembali ke kedai bundle tersebut bagi bertanyakan kembali kisah di sebalik baju yang dibeli rakannya sebelum ini.

Walaupun pemilik kedai tersebut enggan membuka mulut pada awalnya, namun mereka bernasib baik kerana ustaz yang turut datang bersama mereka mengetahui sekiranya seseorang itu berbohong atau tidak.

Selepas mengetahui kisah sebenar di sebalik baju bundle yang dibeli, rakannya itu menurutnya terus memulangkan baju tersebut.

Bagaimanapun, rakannya itu terpaksa dirawat sehingga seminggu selepas kejadian itu kerana mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih teringat-ingat akan kejadian tersebut.

Perkongsian yang dibuat gadis tersebut sehingga kini sudah mencatatkan hampir 9,000 retweet dan lebih 16,000 likes di Twitter. Baca perkongsian penuh dari @Billiesya di sini.

BACA: 3 Cara Yang Betul Bersihkan Seluar Jeans Tanpa Perlu Dicuci

Selepas Beli Baju Bundle, Gadis Ini Diganggu Setiap Malam Oleh "Pemilik Asal" 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here