Home All Isu Semasa Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai, Jangan Berangan Nak Melepak!

Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai, Jangan Berangan Nak Melepak!

1215
1
Tak Boleh Lepak ! Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai

Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai, Jangan Berangan Nak Melepak! | Dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini yang membenarkan restoran di buka semasa PKPB mesti ramai dah lega dan berangan-angan nak melepak di kedai mamak atau kedai makan yang lain.

Namun tidak semua negeri akan mengikut kesemua arahan dalam PKPB yang diwartakan oleh pihak kerajaan ini adalah kerana kerajaan negeri berhak untuk membuat sesuatu tindakan yang lebih sesuai dengan keadaan negeri terbabit nak pula jika berada di dalam zone merah wabak.

Kerajaan Selangor Tidak Benarkan Makan Minum Di Kedai

Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan negeri yang berada dalam zon merah melarang orang ramai makan dan minum di premis makanan termasuk restoran, medan selera, gerai makan dan kiosk sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

BACA: Ramai Ambil Kesempatan Bila Kawan Berniaga, Nak Free Atau Harga Murah

Menerusi laman Twitter, Menteri Besarnya Datuk Seri Amiruddin Shari berkata semua premis itu hanya terhad dengan perkhidmatan bungkus dan penghantaran dari jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.

Bagi peniaga yang tidak mempunyai premis seperti penjaja tepi jalan dan trak saji pula, mereka dibenarkan beroperasi selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 12 Mei ini.

makan

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri mengambil keputusan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD).

“Perbincangan tertumpu kepada usaha menyediakan garis panduan bagi negeri ini terutamanya persediaan pembukaan sektor ekonomi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu, stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam; pasar raya mini, kedai runcit dan kedai serbaneka (8 pagi-10 malam); taman komuniti (7 pagi-7 malam) manakala perkhidmatan Bas Smart Selangor secara berperingkat mulai Rabu ini.

Sumber : Amirudin Shari

Baca Selanjutnya
Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai, Jangan Berangan Nak Melepak! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here