Home All Isu Semasa Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Tanah

Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Tanah

6300
0
Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Tanah

Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Tanah | Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil melakukan sujud syukur ketika menerima penghargaan kerajaan negeri selepas menyelamatkan empat remaja perempuan yang hampir lemas pada 27 Mei lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia 31 tahun itu terharu menerima sumbangan RM7,000 dan Skim Usahawan Tani Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak seluas satu hektar.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan sumbangan ini. Saya sangat menghargainya dan terharu,” katanya semalam.

Bagaimanapun, guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tersebut agak terkilan kerana masih mencari pasangan suami isteri yang turut membantu pada hari kejadian.

BACA: Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’

“Saya sudah cuba mencari mereka tetapi gagal. Sejujurnya saya susah hati hingga tak lena tidur memikirkan bagaimana mahu mengesan mereka kerana pasangan itu juga wajar diberi penghargaan.

“Jika mereka terbaca berita ini tolong hubungi saya. Saya masih ingat wajah pasangan itu dan mereka menaiki Proton Wira Aeroback berwarna kelabu,” ujarnya.

lemas

Terdahulu, empat remaja tersebut dihanyutkan arus nyaris lemas selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi rakan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air berdekatan Kampung Gajah, Bota.

Namun mujur salah seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum memohon pertolongan daripada Muhammad Nor Imran.

Sumber : Noor Hidayah Tanzizi (Harian Metro)

Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Tanah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here