Home All Isu Semasa ‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik...

‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU

7196
1
‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU

Baru-baru ini tular video seorang askar memakai kan topeng dan sarung tangan seorang warga OKU. Prihatin dengan video yang menyuntuh hati itu, Ustaz Ebit Lew segera mencari rumah wanita berkerusi roda elektrik atau nama sebenarnya Noraini Wong.

Menurutnya, wanita tersebut pada mulanya tidak mahu membuka pintu, namun setelah Ebit membuka topeng di wajah, dia menagis dan berkata dia sangat menggagumi penceramah tersebut dan sering berdoa untuk berjumpa dengannya.

Ikuti kisah yang sempat di kongsikan Ebit Lew ini, memang cukup menyentuh hati dan jadikan ia sebagai iktibar.

‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU

“Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu.

Terkejut Ustaz Ebit Lew Melawat Ke Rumah

Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

“Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP.

Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.”tulisnya di Facebook miliknya.

‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKUMenurutnya, daripada mula Noraini menangis, malah dia kerap bertanya tentang islam. Noraini memeluk islam sejak berusia 20 tahun. Dia tidak pandai mengaji, kadang-kadang Tahajud susah dia bangun berwuduk.

“Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.

“Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya.” Tulisnya lagi.

‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU

Ebit Lew turut mengambil nombor telefon adik Noraini yang tinggal di Singapura untuk dapatkan nombor telefon ibunya. Malah, dia turut memasang niat untuk bertemukan Noraini dengan ibunya.

Di dalam pertemuan itu, Ebit Lew turut memaklumkan pada orang ramai tentang Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, dia memberitahu disebalik ujian yang menimpa ada terselit rahmat buat semua. Dia memberi nombor akaun kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan (di bawah).

Sumber: Ebit Lew

Baca Selanjutnya

‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here