Home All Isu Semasa Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Dibenar Beroperasi Semasa PKP, Bermula...

Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Dibenar Beroperasi Semasa PKP, Bermula 13 April Ni.

5266
2
Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi Semasa PKP, Bermula 13 April Ni.

Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi Semasa PKP Pada 13 April Ni | Pengemaskinian terkini dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, kami akhirnya mempunyai senarai sektor perniagaan yang akan dibenarkan untuk dibuka dalam tempoh PKP yang dilanjutkan di bawah garis panduan yang baru ditetapkan.

Keputusan ini dibuat untuk membolehkan ekonomi negara diteruskan pada kadar yang produktif, di samping memastikan pengurangan pengangguran akibat daripada PKP.

Keputusan ini dibuat bersama melalui perbincangan dengan Kementerian sendiri, Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional, dan Bank Negara. Bagi perniagaan yang layak untuk beroperasi dalam tempoh ini, mereka perlu mendaftar dengan Kementerian di www.miti.gov.my.

Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi Semasa PKP Pada 13 April Ni

Hanya pemohon yang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana pernyataan Kementerian akan diproses, dan perniagaan akan dapat memohon kebenaran pada 13 April 2020, 9.00 pagi.

Senarai Sektor Pengilangan; Perkhidmatan yang Dibenarkan Beroperasi:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan .

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada:
– perkhidmatan berkaitan guaman;
– aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
– makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
– perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Semua perniagaan yang memohon untuk beroperasi semasa PKP hendaklah mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard seperti yang ditetapkan oleh MCO serta Kementerian Kesihatan.

Semua perniagaan juga tertakluk kepada kawalan pergerakan yang ketat untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. Kegagalan mematuhi undang-undang akan mengakibatkan penarikan balik kebenaran beroperasi serta tindakan undang-undang bakal diambil ke atas perniagaan tersebut.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

Baca Selanjutnya

Kedai Gunting Rambut, Dobi Antara 9 Sektor Dibenar Beroperasi Semasa PKP, Bermula 13 April Ni. 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here