Home All Dunia Islam Sejuk Melampau, Luluh Hati Heliza Kongsi Keadaan Anak Syria. Dapat Selimut Macam...

Sejuk Melampau, Luluh Hati Heliza Kongsi Keadaan Anak Syria. Dapat Selimut Macam Dapat Banglo!

1368
0
heliza

Bagi anda yang mengikuti penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi pastinya tahu tentang aktiviti kebajikan yang dilakukannya.

Beliau yang sering membantu kanak-kanak dan pelarian seperti Palestin dan Syria sering berkongsi perkembangannya menerusi laman Instagram miliknya.

Terbaru, heliza berkongsi bagaimana sukarnya mereka di sana menghadapi musim sejuk.

Menurutnya, saat bergerak ke kem pelarian, anak-anak Syria tidak henti-henti melaungkan ‘Terima kasih Malaysia’.

Heliza ternyata tidak mampu membendung rasa pilu dan hiba saat melihat mereka teruja dan gembira apabila menerima bantuan seperti kain selimut.

Tambahnya lagi, kegembiraan mereka seolah-olah dapat sebiji banglo menunjukkan betapa bersyukurnya mereka dengan bantuan yang diberikan.

heliza

Berikut adalah perkongsian Heliza.

[TERLALU LALU SEBAK] – HELIZA

SYUKRAN MALIZIA, SYUKRAN MALIZIYA!

Saat kami nak ke kem pelarian lain , dan anak ini pula nak balik ke khemahnya, dia datang dengan senyuman penuh ikhlas dan raut wajahnya begitu gembira anak ini dengan sendirinya tak henti henti berkata “SYUKRAN MALIZIYA..SYUKRAN MALIZIYA”

Ya Allah luluh nya hati ini. Luluh dan hiba sangat sangat. Dapat selimut seumpama dapat rumah banglo, betapa bersyukur dan gembiranya mereka kerana sejuk boleh mencecah negatif.

heliza

Mereka tak memaksa untuk kita bantu mereka, namun tergamakkah kita melihat post ini tanpa berbuat apa apa.. mungkin di akhirat kelak, dengan membantu mereka inilah yang akan bantu kita masuk ke Syurga. Wallahu a’lam

Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Sejuk Melampau, Luluh Hati Heliza Kongsi Keadaan Anak Syria. Dapat Selimut Macam Dapat Banglo! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here