Home All Isu Semasa Sebak Luahan Ashraf Muslim. ‘Seorang Demi Seorang Meninggalkan Aku Di Sini..’

Sebak Luahan Ashraf Muslim. ‘Seorang Demi Seorang Meninggalkan Aku Di Sini..’

9649
0
Sebak Luahan Ashraf Muslim. ‘Seorang Demi Seorang Meninggalkan Aku Di Sini..’

Setiap pesakit Covid-19 mempunyai cerita tersendiri sepanjang diwadkan di hospital. Pelakon Ashraf Muslim juga tak terkecuali. Terasing di dalam wad isolasi, yang cuma dikelilingi pesakit Covid-19.

Petugas kesihatan cuma masuk mengikut aturan jam kerja yang ditetapkan saja, pintu pagar wad pun ditutup rapi. Berbeza sungguh daripada wad-wad biasa yang mana ahli keluarga boleh datang melihat bertanya khabar.

Kesunyian semakin terasa apabila satu demi satu pesakit mulai sembuh dan mereka dibenarkan pulang. Pesakit yang tinggal inilah perlu kuat dan cekal melawan penyakitnya. Bak kata Ashraf Muslim, beberapa orang pesakit yang ada diwadnya sudah boleh keluar bertemu ahlu keluarga.

Ashraf Muslim
Baca sini :‘Doakan ayah sungguh-sungguh.. rindu sangat’ Ashraf Muslim diuji positif Covid-19

Tak Ku Lupa Lelaki Berjubah.. – Ashraf Muslim

Kongsinya,

Terima kasih…

Seorang demi seorang meninggalkan aku di sini. Syukur pada mereka ramai yang telah sihat dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga. Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yang dikongsi takkanku sia-siakan.

Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dengan perwatakkan dan akhlak yang ditunjukkan pada aku. InsyAllah setiap pesanan yang diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.

Dan paling ku tidak lupakan lelaki yang berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman banyak kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.. terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua.

Pada 12 April lalu, Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19. Ashraf antara pelakon yang terlibat dengan pengambaran drama Demi di Scotland bersama beberapa kru produksi. Ada di antaranya turut disahkan positif Covid-19.

Semalam, pelakon Puteri Aishah telah pun disahkan negatif Covid-19.

Kami Mendoakan semoga Ashraf Muslim segera sembuh dan dapat pulang bertemu keluarga.

Sumber/Foto : Ashraf Muslim

Baca Selanjutnya

Sebak Luahan Ashraf Muslim. ‘Seorang Demi Seorang Meninggalkan Aku Di Sini..’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here